Monday 29 July 2013

Barangkali Dan White Semeteter 2

27 Julai 2013 Sabtu, tarikh bersejarah bagi Muhammad Adwa Liew secara peribadinya dan buat kami juga dari Bintulu Buskers dan Buku Jalanan Bintulu yang mana telah datang satu lagi jentera rasmi baharu yang diberi nama White Semeteter 2 untuk melancarkan segala aktiviti kami yang sebelum ini hanya bergantung pada jentera rasmi White Semeteter 1, 

Dititipkan beberapa gambar pada hari tersebut.

Sebaik sahaja sampai ke Produa .





Proses dokumentasi bermula. En Igat memberi penerangan kepada Adwa Liew.

Dekorasi yang ada kat Produa masa tu....






Sebaik sahaja menghantar bonda Adwa Liew yang bersama kami pada pagi tu, kami terus menuju ke Dewan Suarah untuk sesi soundcheck yang mana pada sebelah petang tu kita buat show untuk majlis Sentuhan Kasih Petronas. Selesai sahaja sesi soundcheck kami terus mengadakan sesi Belaqon bersama White Semeteter 2, apa lagi buka plastik la.......hahaha.



Setiap kenderaan rasmi yang baharu akan diuji beberapa peringkat tahap keselesaannya.

Tahap 1, Ruang pengisian peralatan. lulus

Tahap 2, Ruang ke pagi-pagian. Lulus

Tahap 3, Ruang Penyemetetean... Gagal.


Bersiar siar bersama White Semeteter 2. kasi running maaa.

Yang ni pulak gambar kereta White Semeteter 1 dan menyelit sekali dalam gambar motosikal White Buskers

Sekian cerita merapu saya....

Sunday 28 July 2013

Barangkali Dan Clarinet

Sebenarnya main Clarinet ni taklah susah mana pun kalau dah ada asas main seruling atau rekorder, cuma kena paham sikit mengenai peranan bunyi yang dihasilkan melalui lubang-lubang dan punat-punat yang ditekan tu. Barangkali ni tak la bijak sangat nak ulas macam mana nak main ni atau nak ajar orang paham untuk bermain. hanya sekadar bagi gambaran apa yang di pahami. Barangkali pun tengah belajar juga untuk memahirkan lagi main alat muzik ni..
InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti Barangkali akan cuba persembahkan lagu dengan menggunakan Clarinet ni.

Dititipkan 7 gamabr Clarinet









Friday 26 July 2013

Barangkali Dan Gendang Rebana (Edisi Bahasa Sarawak)

Gendang Sarawak   

Sejenis gendang sigek muka nok hampir sama ngan rebana. Rupanya kedak pasu dan badannya (baluh) dipolah daripada jenis kayu kertas macam batang kelapak ataupun sago.

Kulit muka rah tempat paluk telah direngang ngan belulang daripada kulit kambing dan disirat dengan tali rotan . Gendang tok selalu dimainkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai  mak gendang k ngiring sejenis persembahan nyanyian rakyat, pantun yang dikenali sebagai ‘bermukum’ mun di Sarawak . Sik juak jauh kedak  ‘dondang sayang’ di Melaka nun cuma gaya dan bentuk persembahannya jak lain.
Baru baru tok Barangkali ada la minjam gendang tok dari kawan k polah persembahan untuk majlis berbuka posa yang di anjurkan oleh sebuah syarikat kat Bintulu tok. Jadi Barangkali nak bagi sedikit sentuhan baru dalam lagu yang dipersembahkan oleh Bintulu Buskers, sebab sebelum tok hanya guna Cajon jak.

Dititipkan 7 gambar gendang ya.








Sekian...

Wednesday 24 July 2013

Barangkali Bonggo

Siapa ada Bonggo yang mana kulitnya koyak, boleh digantikan dengan filem x-ray terpakai.. Barangkali bunyinya sedap dan lain sikit. hehehe.



Tuesday 23 July 2013

Monday 22 July 2013

Barangkali Travelog Bintulu Kuala Lumpur


Kesempatan cuti Gawai Dayak kali ini Barangkali sekali lagi mengambil peluang untuk bercuti panjang dan destinasi pilihan ialah Kuala Lumpur. Sebagaimana tahun lepas Barangkali juga bercuti ke Kuala Lumpur dan kesempatan percutian itu juga Barangkali sempat menyimpang bercuti hingga ke Jerantut Pahang, Kuala Terengganu dan Melaka. Percutian singkat selama 2 minggu sudah cukup untuk pergi hampir suku negeri dalam Semenanjung. Itu cerita tahun 2012, dan untuk percutian tahun 2013 ini Barangkali suka nak kongsikan aktiviti yang dibuat sepanjang cuti di Kuala Lumpur dalam blog ini.

01 Jun 2013 (Sabtu)
Bermula seawal pagi lagi sekitar jam 7.30 pagi, Barangkali bersama Chas Liew, Fareez Hamzah dan Nasuki Malim keluar sarapan di Sofea Corner Medan Raya, sambil bercerita tentang persiapan trip Bintulu Buskers yang akan ke Miri pada hari ahad 02 Jun 2013 kerana diundang untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan disana. Setelah sarapan Barangkali pun balik la ke rumah untuk buat persiapan sebelum berangkat pada petang tu menaiki pesawat Air Asia AK5241.
Gambar Chas Liew, kami selalu tunggu dia kat depan kedai TOTO, nak pergi sarapan lah ni..MEENOM..
Setiba dirumah Barangkali terus membaikpulih beg yang Barangkali pinjamkan kat Nasuki Malim. Sebelum ni ada juga pinjam beg dengan sahabat smeteter Barangkali iaitu saudara Zamrul, tapi beg beliau agak besar untuk dibawa naik pesawat, kalau masuk kargo ok la juga.
Pakaian dah kelengkapan peribadi siap untuk dibawa, disertakan sekali alat muzik seruling untuk aktiviti masa cuti nanti.
Dari rumah Barangkali menggunakan kereta ke Airport dan memakirkan kenderaan di kawasan pakir staff. Selamat la sikit untuk ditinggalkan beberapa hari.
Sementara menunggu waktu berlepas di hadapan pintu masuk Lapangan Terbang Domestik Bintulu Barangkali ambil kesempatan baca buku yang baru dibeli semalam judul "Bila Kupetik Gitar" sebuah cerita mengenai Travelog dari Fahmi Faiz. Buku yang baru beli kat Popular. Menarik juga kisah perjalanan beliau merentas Asia dengan dana yang cukup-cukup saja. Nanti Barangkali akan ulas mengenai buku ini dalam entri lain.
No Check No Fly...Barangkali juga tak terlepas dari diperiksa oleh anggota AVSEC di Lapangan Terbang Bintulu..."sangat belaqon"
Sebenarnya Barangkali tak bercuti seorang diri tetapi ditemani oleh adik Barangkali, namanya Muhd Suffian adik paling bongsu juga merangkap juru gambar.
Travel 3Sixty, majalah yang dibaca tika bosan dalam pesawat terselit dihdapan tempat duduk.
Suasana sunyi saja dalam pesawat, ingin rasanya Barangkali nak sampaikan puisi di tengah-tengah laluan tu bagi orang dengar. Tempat duduk Barangkali "2D Hot seat".
Nama pilot yang bawa pesawat ni ialah Kapten Ali.
Dah bosan duduk Barangkali pergi tandas pesawat. Walaupun Barangkali selalu naik Pesawat tetapi tak pernah lagi masuk dalam tandas pesawat, "kali pertama masuk ambik gambar la".... 

Setibanya di Lapanagn Terbang Antarabangsa LCCT Barangkali dan adik dijemput oleh ibu yang dah lama menunggu kami disana. Tiba sekitar jam 0605 petang.

Perut dah lapar jadi kami singgah lah ke JUSCO Kepong untuk mengisi perut. Restoran pilihan ialah Johnny Restaurants . Aku nak jadi duta kepada restoran ni. Mr.Sachesh Pelayan restoran ni senyum melayan karenah Barangkali.






Dah sampai di rumah rehat dulu. Adik Barangkali Fiti dan Suffian sedang sibuk main Game bola XBox Chelsea VS Manchester United. Adil Fiqri main dengan nenek Selamah Ong Ong.

Bintulu ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Air Asia AK5241


02 Jun 2013 (Ahad)
Misi hari kedua di Kuala Lumpur ialah berjumpa karan-rakan busker di Ibu Kota, sebagaimana yang dimaklumkan oleh rakan busker disini yang mereka akan mengadakan sesi busking dihadapan bangunan SOGO. sekitar jam 2.30 petang Barangkali menunggang motosikal menuju ke Ibu Kota. Barangkali memang dah hafal sangat pun jalan sekitar ibu kota ni, dan lebih gemar menaiki motosikal, bebas sikit kalau guna kereta tu yang malas nak cari pakir.

Boleh ikuti cerita misi hari ini pada entri ini KLIK dan baca, rugi kalau tercicir sebahagian cerita.hahahah :
  Barangkali Menerjah Busker Ibu Kota Part 2 - KLIK SINI.

03 Jun 2013 (Isnin)
Hari ketiga aktiviti Barangkali ditemani adik Muhd Suffian pergi bersiar-siar menunggang motosikal menuju ke pusat bandar. Destinasi pertama kami menuju ke Chow Kit Road, Selepas tu ke Lorong Haji Taib (kawasan panas seperti enrti yang Barangkali cerita mengenai Wajah Siang Dan Malam Bintulu). Tapi tujuan Barangkali ke sini bukan la nak bongkarkan kegiatan yang kurang sihat kat sini, cuma nak tengok-tengok jualan pakaian Bundle saja, manalah tahu ada yang berkenan dihati.

Lorong Haji Taib, kalau kat Bintulu kami gelar tempat macam ni "koordinat 0708".

Muhd Suffian, Adik Barangkali.
Memang banyak pakaian Bundle kat sini, baju, jeans, kasut dan lain-lain, tapi dalam otak Barangkali memang nak cari sehelai baju saja iaitu baju corak Tie Dye, manalah tahu kot-kot ada.
Akhirnya Barangkali berjaya menemui sehelai baju Tie Dye dengan tulisan Bloodstock 2010.
 Sepanjang laluan jalan jualan gerai-gerai Bundle ada juga beberapa orang lelaki yang menegur sapa kami dan memberi offer jual bang baik, mungkin dadah, pil atau barang-barang yang menghayalkan lah tu, ada juga apek yang siap promosi khidmat seks/urutan batin, katanya ada perempuan melayu, ada perempuan dari Sabah, itu saja yang sempat Barangkali dengar sebab Barangkali malas nak lain. Ini tempat orang, Barangkali tak berani nak buat macam kat Bintulu.
Selepas dapatkan baju Tie Dye  yang diinginkan, Barangkali dan adik terus menuju ke lokasi lain iatu SOGO, sudah semestinya menemui rakan-rakan busker disana.

Kesibukan trafik di Ibu Kota. sebab tu senang naik motosikal boleh cilok sana sini.
Kelihatan sebuah motosikal Naza GTR putih dihadapan yang ditunggang oleh wanita yang  kakinya,terjengket-jengket kaki nak cecah jalan.
Lokasi Busking.

Setibanya Kami ke SOGO, kami terus menuju ke tapak busking. Cerita selanjutnya bolehlah didapati pada entri ini :- Barangkali Menerjah Busker Ibu Kota Part 3 - KLIK SINI.

Selepas busking di SOGO kami terus menuju ke Bukit Bintang tengok-tengok ragam orang disana pula.


Ragam orang awam, dan di kaki lima banyak promosi urut-mengurut..
Marosh dan Marus..kira dekat-dekat la tu..
Aksi Greenman dan Silverman, bayar RM2.00 boleh la ambik gambar bersama mereka.

Menuju ke Pavilion.

Lepak kat Dataran Merdeka sekejap sebelum balik.




Rempit......


04 Jun 2013 (Selasa)
Hari ke empat pula aktiviti sebelah pagi tak banyak, hanya tidur sepanjang hari kat rumah. 

Aktiviti sebelah pagi dirumah hanya mentelaah buku-buku milik Bonda.
Pada sebelah petang pula Barangkali bersama Bonda, Fitri dan Suffian pergi ke KLIA  menjemput seseorang yang kebetulan datang atas urusan lain juga bercuti ke sini. Perjalanan dari Selayang menuju ke KLIA mengambil masa selama 45 minit bergantung pada keadaan trafik, sebelum jalan mulai sesak kami bertolak kira-kara jam 4 lebih petang.


Sepanjang perjalanan dari Selayang ke KLIA terdapat dua tol yang kena dilalui.

Tip yang diperoleh dari adik Barangkali ketika memandu di lebuhraya, sekiranya jalan sesak jangan guna lorong paling kanan nanti susah nak cilok.


Barangkali teringat yang dulu pernah bertugas kat KLIA ni.. Banyak juga kenanganmasa kerja kat sini, semua lubang-lubang tikus nak curi tulang pun dah tahu



Peminat Barangkali minta tanda tangan..hehehe



Perjalanan balik dari KLIA ke Selayang


Setibanya dirumah, rakan busker disini saudara Man Kanan menelefon Barangkali dan mengajak untuk sama-sama busking kat Bukit Bintang.
Cerita selanjutnya mengenai busking boleh dibaca dalam entri ini :- Barangkali Menerjah Busker Ibu Kota Part 4

Lokasi busking.


Bersama Man Kanan dan wan dari Pokok Cherri Band, yang sorang lagi duduk kat cajon tu aku tak tau nama nya.hehehe.




Man Kanan, Wan dan Mustam Genji Buskers

Barangkali bantai la 2,3 lagu.

05 Jun 2013 (Rabu)
Dihari ke 5 pada sebelah pagi tiada sangat aktiviti cuma lepak kat rumah layan adik main xBox. Pada sebelah malam Barangkali dan adik pergi la bersiar-siar ke ibu kota dan lokasinya di KLCC. Melihat suasana KLCC dengan dekat pada malam hari. Yang pasti tiap-tiap malam kat tempat ini memang menjadi tumpuan orang ramai untuk lepak santai.


Memang ramai pengunjung lepak kat sini.

Barangkali Spiderman

Ragam adik.



Lepas dari KLCC kitaorang pun pergi la ke Danau Kota, tengok-tengok lambakan jualan murah.



Ada pentas karaoke untuk pengunjung uji suara, mamat ni punya suara cukup mantap nyanyi lagu rock kapak.


Baju Tie Dye yang bakal Barangkali beli.



06 Jun 2013 (Khamis)
Dihari ke6 tak banyak aktiviti yang dibuat, duduk rumah, tidur, mengelamun, hehehe.. dan pada sebelah malam pula abang ipar Barangkali datang kerumah dan kami pergi menonton wayang filem Iron Man.


07 Jun 2013 (Jumaat)
Hari ke 6  kami bercadang nak ke Sunway Lagoon, mandi manda cuci mata, tapi malang sekali kami agak sampai disanak agak lewat iaitu sebelah petang kalau nak mandi sekalipun hanya beberapa jam sahaja tinggal sebelum ditutup jadi kami hanya bersiar-siar di sekitar Sunway Pyramid, dikesempatan itu Barangkali mengambil peluan untuk mencuba ice skate, memang tak reti nak main pun cuma ingin merasai kali pertama menggunakan kasut luncur ais.


InsyaAllah lain kali boleh mandi, hanya dapat tengok gelagat orang mandi dari atas saja...



Fitri dan Barangkali mula masuk ke lantai ais, habis semua orang kena langgar, nak kata jatuh tu memang wajib ada. sebenarnya ada video ragam kami bermain ice skate ni cuma lain kali la Barangkali kongsikan.hehehe








08 Jun 2013 (Sabtu)
hari ke8 hari yang Barangkali nanti nantikan, rugi kiranya kebetulan berada di semenanjung tetapi tidak menemui rakan-rakan Barangkali yang ada kat sini. Aktiviti yang Barangkali buat pada hari ke 8 ini boleh didapati pada Link dibawah. KLIK pada tajuk.






09 Jun 2013 (Ahad)
Seawal pagi 9 jun ini Barangkali berangkat balik dari Seremban menuju ke Kuala Lumpur menaiki kenderaan kawan yang kebetulan melalui KL menuju ke Terengganu jadi Barangkali tumpang diorang la dan sampai ke KL saja waktu tu masih lagi awal pagi dan kami bercadang untuk menginap di hotel di tengah ibu kota tak jauh dari Dataran Merdeka, kalau tak silap waktu tu masih lagi jam 5.00 pagi rasanya. Badan penat sepanjang hari dengan aktiviti dan kami lena sekejap. Seawal jam 12 tengahari Barangkali pun keluarlah dari hotel dan meninggalkan mereka yang masih lagi rehat dibilik, diorang berangkat balik Terengganu dalam jam 2 petang. Barangkali pada masa ini tak balik terus kerumah dan ambil kesempatan tengahari tu bersiar-siar di sekitar ibu kota menuju ke kawasan Petaling Street, Pasar Seni.. Bila ke Pasar Seni ni teringat zaman dulu Barangkali pernah datang kesini melihat aksi sang penghibur jalanan buat persembahan tapi kini tempat ni dah berubah. Selepas dari Pasar Seni Barangkali terus menaiki Train KTM dan menuju ke Batu Cave dan menelefon adik untuk mengambil Barangkali disini. Sementara menunggu adik sampai, Barangkali sempat bersiar-siar melihat apa yang ada kat kuil Batu Cave ni.
Dititipkan beberapa gambar :
Sempat aku pegi gunting rambut kat kedai india ni...takut juga bila tengok di cukur rambut guna pisau cukur dia tu.
Barangkali menaiki train KTM dari Stesen KL ke Batu Cave.
Malas aku nak naik tangga Batu Cave ni..cukup sekadar ambik gambar.
Monyet dianggap haiwan suci mereka disini, kalau kat kampung aku memang dah kena tembak ni.
Penat juga perjalanan untuk dau hari ni, dan sebelah malam Barangkali hanya duduk rumah melayan fb dan tv sahaja.
Malam tu Barangkali tengok Bonda sedang melayan fb nya, dan pada malam itu bonda menjadi pengeLIKE pages fb Bintulu Buskers yang ke 1000...hahahahaha

10 Jun 2013 (Isnin)
Dihari ke 10 aktiviti kami sekeluarga ialah melawat ke tanah tinggi Cameron Highland, teringin juga nak tengok ladang teh segar sambil merasai sendiri berada di tanah tinggi. Laluan kami ke sana menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dan terus masuk ke susur Tapah dan melalui jalan simpang siur menaiki bukit yang mencabar. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat suasana perkampungan Orang Asli di Tapah Perak. ale teman dulu duduk kat sini, teman tau le rope mane jalan nye.hehehe.

Sebelum memulakan perjalanan, mai singgah cuci kereta.


Tekun mamat myanmar ni bekerja..


Destinasi persinggahan kami sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highland ialah Hutan Lipur Lata Iskandar, sudah pastinya bagi setiap pelancong yang melalui jalan ini akan singgah sebentar kesini untuk melihat panorama alam yang indah.
Gerai jualan hasil kraftangan penduduk sekitar orang asli disini.

Simpang merbahaya, kena bawa kenderaan perlahan lahan kat sini.




Seruling bulu pun ada dijual kat sini, sempat juga Barangkali cuba mainkan tapi tak beli sebab tunning seruling tu tak berapa tepat sangat, tapi kalau nak beli sekalipun cukup dibuat hiasan..
Kalau di Sarawak banyak kepada manik, di sini banyak kepada rotan dan buluh



Bonda, Fitri, Siti dan Aidil



Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami sampailah ke tanah tinggi.




Sempat pulak borak dengan Zahid AF yang kebetulan sedang berbulan madu di sini.

Tomato Cherry ni kegemaran Barangkali.




Setelah rehat dan menikmati keindahan tanah tinggi Cameron Highland kami meneruskan perjalanan menuju ke Genting Highland Pahang, Habis satu Banjaran Titiwangsa kami pergi, perjalanan dari Cameron ke Genting mengambil masa dalam 3 jam. dan sebelum itu kami sempat singgah ke Raub dan Bentong Pahang sebelum meneruskan perjalanan ke Genting.






Singgah sebentar mengisi minyak.

Terdapat gerai tepi jalan yang menjual buah berangan, ingin juga rasa nak cuba.

Akhirnya sampai juga ke Genting, jalan menuju ke sini sangat mencabar tambah lagi pemanduan malam hari, tak hairan la ramai yang datang dari jauh sanggup berjudi disini, bagi yang muslim cukup la datang untuk berhibur di taman tema sahaja, tapi sebelah malam ni hanya indoor sahaja permainan yang ada, salah waktu lagi kami datang.hahaha
Dah la datang kesini tak bawa baju tebal, sejuk gila kena tahan saja lah......

Sampai la ke Genting...Perrrrrrhh sejuk.

muka serius menahan sejuk











Nak ambil gambar dari dalam kena bayar mahal, jadi ambik gambar dari luar saja la.






11 Jun 2013 (Selasa)
Hari terakhir berada di semenanjung dan penerbangan pulang ke Sarawak pada sebelah petang. Sewaktu datang kesini hanya Barangkali dan adik sahaja yang datang dan bila balik semula ke Sarawak Barangkali dan adik bawa sekali Bonda pulang (melaram panjang bonda duduk kat KL lama-lama tu yang bawa balik Sarawak tu lagi sebulan duduk KL memang pelat Sarawak dah jadi lain .hehehe) Perjalanan ke LCCT kami ditemani oleh Fitri, isterinya Siti dan si kecil Aidil Zikri.
Suasana di Terminal LCCT




Sempat juga Barangkali mainkan Seruling pemberian Arul Pendekar Bambu kat LCCT, nasib baik tak kena halau polis. hehehe.



Bandar Bintulu dari udara


Banyak benda yang Barangkali belajar sepanjang perjalanan cuti kali ini. Rasanya cukuplah setakat ini gambar-gambar yang dapat Barangkali kongsikan buat semua, InsyaAllah dalam siri Travelog yang lain Barangkali akan kongsikan lagi.