Monday 1 July 2013

Barangkali Kanak Kanak Riang Di Mall

Hari isnin memang hari yang sibuk untuk bekerja tetapi Barangkali hari ini tak bekerja kerana urat malas bersambung dalam badan dan terus dapatkan MC 1 hari daripada doktor. Bila dah tak kerja mula la bosan duduk rumah, jadi Barangkali mengajak rakan-rakan Barangkali iaitu Fareez dan Nasuki untuk jalan-jalan sekitar New World Park City Mall.

Kedai pertama yang kami terjah ialah Super Save. Dah macam kanak-kanak riang pulak dalam kedai tu, habis semua barang nak diusik.

Entah untuk kegunaan apa barang ni.

Bagi yang belum berkhatan tok mudim Fareez boleh kerjakan.

Piring hitam Panca Sitara milik Korawk  pun ada dijual di Super Save

Botol air unik ala-ala kombet pun ada.

Benda ni boleh buat topi


Yang ni pun boleh juga


Raya aidilfitri dah nak dekat, boleh beli benda ni untuk buat kueh....Buat pelangkong kepala pun boleh.

Dibalik cermin, cermin mimpi, ada realiti yang kita tak sedari.. lirik M.Nasir. Dalam cermin juru kamera iPhone 5 Nasuki Malim.

Ke Bioskop nonton Koboi

Kaki tangan Super Save sedang mengepam belon kanak-kanak

Lai lai... Karaoke lai.

Permainan tangan robot


Permainan Ben 10 pun ada



M-16 kanak kanak...boleh bawa pergi kawad ni.

Fareez membawa jam loceng. ni kalau tidur tak sedar bunyi jam memang tidur mati la..

Selesai keluar dari taman kanak-kanak riang Super Save.

Siapa nak tiru gaya Oppa Gangnam Style boleh dapatkan dengan harga RM10.

Jawatan kosong 2 orang, boleh la jadi teman kepada kakitangan perempuan yang sedia ada kerja kat sini..

Bujang Senang


Orang tengah sibuk buat kerja pun kena ganggu.

Sebelum
Selepas

Contoh baju Bintulu Buskers masih lagi ada di kedai Remix, tapi kalau nak beli atau tempah kena hubungi Bintulu Buskers dulu la..


Waktu untuk balik.... bayar pakir dulu baru boleh keluar.
Jika anda bosan dirumah samada sedang MC, cuti rehat, atau dengan erti kata lain malas nak turun kerja hari  isnin bolehlah berkunjung di New World Park City Mall Bintulu, dah mall ni saja yang menarik kat Bintulu, tunggu 2,3 tahun lagi banyak la mall baru..

Salam Isnin dari Barangkali, Fareez dan Nasuki...

6 comments: