Tuesday 17 December 2013

Barangkali Origami

Dulu masa sekolah Barangkali memang layan Origami ni, lepas tu lama dah tak buat sebab Barangkali menanggap buat origami ni hanya mengisi ruang kosong bila duduk dimeja dalam kelas, koyak helaian belakang atau tengah buku latihan, lipat lipat terus jadi.

Origami merupakan seni lipatan kertas yang terkenal di Negara Jepun, ada juga mereka yang membuat origami ni sebagai pengganti bicara iaitu luahan melalui hasil lipatan kertas. Kalau nak tahu lagi lanjut mengenai origami ni macam biasa bolehlah cari kat Wikipedia.haha

Selepas pergi ke Japanese Film Festival 2013 di UPM tempoh hari aura nak buat origami ni kembali, dan origami yang paling gemar Barangkali buat ialah burung. Dulu siap ada buku lagi cara-cara buat pelbagai origami dan kali ini Barangkali nak cuba buat Dragon Snake

Dititipkan gambar lipatan origami Dragon Snake yang Barangkali cuba buat













Kalau nak cuba boleh juga layan video youtube dibawah 

Monday 16 December 2013

Bintulu Rockers Re-Union



Salam Rockers kepada semua rakan rakan muzisi di Bintulu terutamanya buat abang abang otai yang saya kagumi. Sebagaimana yang telah diwarwarkan melalui laman sosial beberapa bulan yang lalu, telah direncanakan satu program muzik yang sangat menarik kepada semua peminat muzik di Bintulu khasnya bagi penggemar muzik Rock Kapak yang dianjurkan oleh BRRU Entertaiment & Pejabat Residen Bintulu iaitu Bintulu Rock Kapak Gig 2013 bertempat di Dewan Suarah Bintulu.
Penganjuran kali pertama itu sudah pastinya menarik minat abang abang otai muzik kita, apa tidaknya, ia umpama membakar lagi semangat abang abang kita ni yang satu ketika dulu pernah beraksi di pentas sekitar tahun awal 80an. Secara peribadinya Barangkali sendiri memang teruja dgn gig kali ini, walaupun Barangkali selalu bersama dalam mana mana penganjuran gig yang lain, tetapi gig kali ini sangat istimewa. Seusia kecil, Barangkali memang sudah terdedah dengan muzik muzik Rock Kapak, ketika itu abang abang otai selalu mainkan sewaktu Barangkali lepak bersama mereka tetapi tak pernah lagi tengok diorang beraksi diatas pentas. Kehebatan dan kemahiran dalam menggoreng gitar masih ada umm. Walaupun Barangkali sendiri aktif dalam aktiviti muzik tanpa menunggu mana mana gig dianjurkan tapi taklah sehebat abang abang otai kita ni, cuma Barangkali sendiri gunakan kaedah lain dalam penyampaian muzik iaitu melalui pembawakkan gaya persembahan jalanan Busking. Apa yang pasti dari riak wajah abang abang otai kita malam tadi sudah cukup menggambarkan yang semangat rock mereka dulu dulu masih membara bila bertemu disatu pentas dalam Bintulu Rock Kapak Gig 2013.



Pada sebelah pagi itu, telah diadakan satu Klinik Muzik yang diadakan di bilik tingkat atas Dewan Suarah Bintulu. Barangkali tak sempat untuk menghadiri Klinik Muzik, jadi tak banyak info yang Barangkali diperolehi.

Beberapa gambar sekitar Klinik Muzik, Gambar ini Barangkali ambil dari facebook "Chik Mat" yang mana beliau telah kongsikan dalam facebook Group Bintulu Rockers Re-Union.




 








Kredit untuk gambar "Chik Mat".

Tiba waktu kemuncak program iaitu persembahan pentas Gig pada sebelah malam pula, Seramai 8 Band beraksi yang terdiri dari abang abang otai dan junior. Setiap band hanya dibenarkan untuk bermain 2 buah lagu sahaja. Sebelum bermula persembahan pihak penganjur sempat kongsikan beberapa gambar kenangan lama wajah wajah abang abang otai kita sewaktu gig muda muda dulu di screen pentas.

Dititipkan beberapa gambar dari lensa kamera Barangkali :-

Suasana perkarangan Dewan Suarah

Juga terdapat jualan baju.
 Persembahan pembukaan pentas dari band Effussion, band ini biasa Barangkali tengok di pentas gig .
memang steady.....





 



Band yang kedua tampil iaitu CopKid, terdiri dari abang abang otai. pemain Bass sendiri selaku vokalis.









Rakan juru gambar... sempat bro Amir Ems cuba menarik perhatian Barangkali dengan kamera beliau.
 Band yang ketiga juga tak kurang hebatnya dengan penampilan vokal yang masih memukau, band Mother Earth mengambil alih pentas.



 


Otai tersembunyi...Bro Ramlee Biak, Barangkali sebelum ni memang kenal bro ni tapi tak sangka juga beliau hebat bermain Bass..

Ini senarai nama band yang beraksi yang Barangkali peroleh dari bro Kamal Hassan selaku MC malam itu, dalam list terdapat 1 band yang tak beraksi iaitu band Metuk Ulau Project.
Seterusnya band Medusa, juga tanpil dengan gaya persembahan yang terbaik.





Band Natas mengambil alih pentas. sewaktu awal persembahan Barangkali tercari cari mana pergi vokalis band ini, hanya dengar suaranya saja menyanyi, rupanya bro Bakri keluar dari tepi pentas, suara pun masih merdu bila mendendangkan lagu "Tika" kalau tak silap la. Sewaktu band Natas membuat persembahan ramai penonton menghampiri pentas dan mengeluarkan kamera untuk ambil gambar dan video.
Bakri Ayub bersama gitaris Medan.

Juga kelihatan Bro Awie bass




Selepas itu band Motor Ekzos yang terdiri dari junior-junior, tapi diorang main pun power juga macam otai main.
Roy.....gitaris power dalam Motor Ekzos.





Affendi selaku drummer Motor Ekzos, salah seorg drummer yang hebat juga di Bintulu dengan kemahirannya, tak hairanlah beliau sentiasa bermain dengan macam macam band.. yang pasti Affendi salah seorg busker dalam Bintulu Buskers.



 Band seterusnya Rosli DhobyIn Frame. tak kurang hebat juga.




 
Band yang terakhir membuat persembahan ialah BRRU Project. gabungan abang abang otai.





Bro Yep, Rushdi, dan Tada

Bro Pet


Aksi penonton liar tepi stage.hahahhaha


Barangkali pun nak jadi penonton menyampuk juga.


Selesai sahaja ke semua band membuat persembahan sesi bergambar wajib ada.
Wajah wajah orang kuat yang menjayakan Gig kali ini.




Barangkali sendiri pun sempat menyampuk bergambar bersama otai otai. hehehe



Ramai juga abang abang otai yang Barangkali kenali malam itu, dan ada juga yang baru dikenali. InsyaAllah akan ada video yang akan diupload oleh rakan rakan kita nanti.
Tahniah kepada penganjur kerana telah menyatukan semula abang abang otai kita, sepanjang gig berlangsung tiada insiden yang tidak diingini berlaku, syukur alhamdulillah, yang pasti Muzik menyatukan semua tak kira usia. Semoga di lain tahun akan dianjurkan lagi Gig sebegini. Barangkali jugakan doakan agar semua rakan rakan band sukses selalu, tidak dilupa juga kita sedekahkan al-fatihah juga kepada abang abang otai kita yang telah lama pergi, mungkin pemergian mereka cukup dirasai oleh rakan rakan band otai sendiri bila tidak lagi sempat bersama sama mereka di pentas ini.

Sekian.
Info tambahan boleh sertai mereka di Group Facebook Bintulu Rockers Re-Union
 https://www.facebook.com/groups/115110265229575/?ref=ts&fref=ts

"Belia Sihat, Muzik Bebas Tanpa Dadah"