Sunday 21 July 2013

Barangkali Punya Ayah Yang Hebat

Hari ni sempat Barangkali singgah jenguk Pasaraya Farley Medan Jaya yang sedang meraikan Member Day selama 3 hari bermula hari jumaat lalu. Memang agak ramai dan sesak pengunjung kesana, ditambah pula keadaan trafik yang juga sesak.
 Barangkali rasa bangga juga hari ini sebab ayahanda Barangkali  yang bertugas sebagai penjaga permis ini sanggup berhadapan dengan pelbagai ragam karenah pelanggan, kesian juga Barangkali  tengok ayah yang dua tiga hari ni agak sibuk dan terpaksa mengambil kerja lebih masa bagi memenuhi keperluan majikan sepanjang Member Day ni..

Suasana di kaunter bayaran tingkat bawah yang sesak, sementara itu kelihatan ayahanda Barangkali (berdiri berbaju kuning seluar hitam) sedang bertugas memerhati gelagat pengunjung..


2 comments:

  1. laaaa....bapak kau kerja kat siya ka rus...baruk tauk saya ni...sudah lewat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru juak bapak aku kerja sia..abis pencen sik pandai renah duduk rumah nya kuat nak kerja juak.

      Delete