Tuesday 14 January 2014

Barangkali Selesai Berarak

Salam Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014.
Hari ini Barangkali berkesempatan mengikuti perarakan Maulidur Rasul di Esplanade Bintulu, hujan yang mulai turun seawal pagi tadi tidak melunturkan semangat mereka yang hadir dengan membawa sepandok mewakili Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Surau, Kampung dan banyak lagi, yang pasti bermacam ragam warna pakaian dan payung yang dapat kita lihat.



Entri kali ini Barangkali tidak berkesempatan untuk membuat liputan menyeluruh sepanjang program berlangsung, cukuplah sekadar kongsikan beberapa gambar ragam mereka yang mengangkat sepandok untuk balik.




Yang ni siap angkat guna tren.. Perrrhhh 

Sekian.

Monday 13 January 2014

Barangkali Jalan Tg. Kidurong


Sememangnya warga Bintulu dah masak dengan keadaan lalulintas yang sesak sepanjang jalan Tanjung Kidurong tambah lagi bila waktu kemuncak awal pagi dan petang.
Isu ini selalu dibangkitkan dalam laman sosial yang berkaitan dengan Bintulu, sebagai contoh fb group Aduan Rakyat Bintulu, Bintulu News, Bintulu Info, dan banyak lagi..tak kurang juga isu ini sering di parodykan oleh jentera Aduan Rakyat Bintulu Parody.
Hari ini Barangkali bercuti dan pada petang tadi berkesempatan melalui jalan Tg Kidurong dengan menggunakan motosikal White Busker, kelihatan jalan sesak dari hadapan Kolej Teknik Bintulu hingga ke bulatan Tg Kidurong. Tambah malang lagi hari ini sebuah jentera Bomba yang dalam kecemasan terpaksa meredah jalan ini, bila siren dibunyikan semua kenderaan yg sesak tadi terpaksa lah memberi laluan untuk jentera Bomba ni nak lalu di jalan tengah dan malang juga buat kenderaan yang bagi laluan tadi tersangkut pulak kat tepi jalan bila tayar "Lap" sebab terlalu ketepi rumput. Ada juga kenderaan yang mengambil kesempatan mudah memotong Q dengan mengikut buntut jentera Bomba yang lalu dalam kecemasan tadi, yang pasti semua pemandu naik berang hari ni.

Jadi bagaimana pihak berwajib menyelesaikan masalah ini ?. Sama sama kita tunggu dan sementara menunggu penyelesaian sila sila hantarkan komentar pada laman sosial yang berkaitan. 

Friday 3 January 2014

Barangkali Penny Board

Tahun 2014 ini ada satu aktiviti menarik yang telah mencuit hati Barangkali untuk mencuba iaitu Penny Board, Sebuah papan luncur seperti Skateboard tetapi saiznya agak kecil dan lincah meluncur menuruni bukit atau jalan rata.
Sebenarnya Barangkali telah tertarik dengan Penny Board ni pada bulan lepas selepas melihat rakan Barangkali iaitu Affendy yang main benda ni sewaktu busking di Waterfront, tetap belum punya kekuatan untuk membelinya. Setelah melihat Bro Adi Herman telah membelinya juga maka Barangkali pun terasa ingin mendapatkannya. Atas alasan telah diracun oleh Affendy dan Adi Herman maka Barangkali telah berjaya membelinya.
Pada mulanya Affendi telah mengusulkan Barangkali untuk membeli Penny Board bersaiz kecil dengan harga bak katanya "ko bagi jak aku seratus, klak ada lebihnya", maka Barangkali berilah RM100 kat Affendy untuk membelinya, tetapi agak kechewa pada petang pertemuan kami untuk menguji board tersebut Affendy telah memaklumkan bahawa board yang berharga RM100 tu dah habis, yang tinggal hanya board yang bersaiz besar sedikit yang sama seperti board milik Adi Herman, jadi petang tu belumlah Barangkali merasa Penny Board baru dan hanya sempat mencuba Penny Board milik Affendi dan Adi Herman sahaja.
Oleh kerana board bersaiz besar milik Adi Herman itu nampak serasi, maka pada sebelah malam itu juga Barangkali terus mengajak mem besar Siti Sarah untuk membelinya tapi kena tambah RM59 lagi la.
"tak pa lah janji boleh buat luncur".

Datang ke Waterfront menanti dengan sabar Affendy membawa Penny Board baru untuk Barangkali. Sementara menunggu Affendy, Barangkali dan Sarah pergi Jalan jalan dulu ke hujung Waterfront, siap Sarah ajak lari yang kononnya dia hebat lari 200 meter. Lain lain gambar ada kat hp Sarah.
Agak dukacita bila wang diserah kembali sebab Penny Board dah abih....emmmm


kita testing saja board diorang berdua.


Ni board Adi Herman yang Barangkali rasa ada serasi sikit.
Gambar yang diambil oleh uncle Lee Ka Sim.


Akhirnya Barangkali miliki Penny Board sendiri. Terima kasih Affendy, Adi Herman dan cintaku Sarah.hekhek