Sunday, 7 July 2013

Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 10 (Akhir)


Setelah hampir dua bulan berlalu Krew Wartawan Jalanan Smeteter membuat pembongkaran mengenai isu kupu-kupu malam di sekitar pasar Bintulu dan sehingga ke hari ini aktiviti tidak bermoral ini masih lagi berlaku. Sengaja pihak kami simpan rakaman video ini selama ini untuk melihat reaksi pembaca mengenai isu ini. Walaupun isu ini tak sehebat isu yang selalu dibangkitkan dalam aduan rakyat seperti isu traffik sesak, isu air kotor, isu penemuan mayat, isu jalan berlubang, isu sampah, isu pakir dan lain-lain isu tetapi apa yang kami ingin kongsikan kepada pembaca ialah gambaran dekat mengenai aktiviti ini yang mana umum telah sedia maklum sejak dari dulu lagi..
Bulan Ramadhan hampir tiba, jadi adalahlah lebih molek kiranya aktiviti ini terus dibanteras... Bagaimana nak banteras??.. Jangan tanya Barangkali, cukup kami kongsikan maklumat yang diperoleh untuk dijadikan bahan rujukan anda. Pihak kami sanggup menempuh bahaya semata-mata ingin kongsikan cerita dengan lebih dekat buat pembaca.
Muka jahanam yang kerap berada di kawasan kupu-kupu malam yang dipercayai sebagai penjaga lokasi ini.


Pada tarikh 24 Mei yang lalu krew wartawan Smeteter telah mulakan tinjauan awal untuk dapatkan seberapa banyak maklumat untuk dikongsikan kepada anda.. Dan bagi yang terlepas untuk membelek entri blog mengenai isu ini atau yang belum baca lagi bolehlah klik tajuk dibawah dari part 1 hingga part 9.. kena rajin la belek-belek blog saya ni, kalau tak mungkin cerita tak lengkap yang akan anda peroleh kan dah jadi sumber penauk.



Sebelum ini kami telah siarkan video awal  iaitu

Dan untuk Video terakhir  dari kami

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kami kongsikan malah lebih dasyat dari ini pun boleh kami kupas dan bongkar cuma malas nak tunggu 24 jam kat lokasi tu, lagipun kami buat semua ini bukan di bayar upah oleh sesiapa pun, akan tetapi bukanlah tujuan kami sebenarnya nak bongkar sampai membuka aib siapa sahaja dalam hal ini.
Akhir kata, Barangkali mewakili Krew Wartawan Jalanan Smeteter ingin menyampaikan hasrat bahawa hapuslah gejala persundalan di bumi Bintulu ini.. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.
Sekian, terimakasih.................. TAMAT

 "Kalau ramai yang boleh turun untuk BERSIH 1.0, 2.0 dan entah macam-macam lagi, baik kita turun ramai-ramai untuk bersihkan gejala tak bermoral ini"

4 comments:

  1. Nang xpatut lalu la benda tok berleluasa di bintulu..dgn xda perasaan malu sidak bitch ya offer dirik nya..dgn berbekalkan rm50 dah dpt khidmat seks..terang2 gik pdah ya tempat bintulu..malu ku..harap pihak berkuasa dpt polah tindakan dgn kadar segera..

    ReplyDelete
  2. Sekian! Kalah mazidul akmal sidek pun liputan tok hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah..tutup kisah tok..bnyk lagi cerita lain boleh di ketengahkan..

      Delete