Bertarikh
02 Jun 2013 (Ahad) Barangkali berkesempatan menemui Busker-busker Ibu Kota di hadapan Bangunan
SOGO KL yang mana mereka ini terdiri dari peserta
World Art Games Malaysia yang juga akan mewakili
Malaysia ke World Art Games 2013 Croatia pada
29 Jun 10 Julai nanti. Walaupun
Bintulu Buskers tak menyertai program ini, tetapi sudah cukup rasanya
Barangkali memberi sokongan kepada mereka denagn kehadiran
Barangkali ke sini.
Barangkali telah dimaklumkan oleh
En.Wady selaku Presiden
MY Buskers Club yang mana mereka akan mengadakan sesi busking pada sebelah petang dihadapan
SOGO, dan
Barangkali pergilah cuba dapatkan gambar-gambar busking pada petang itu untuk dijadikan rujukan kami dari
Bintulu Buskers. Banyak juga ilmu dan sesuatu yang baru diperoleh dari mereka yang busking pada petang itu dan elok benar dikongsikan kepada rakan-rakan
Bintulu Buskers sekembalinya
Barangkali ke Sarawak nanti.
Barangkali titipkan gambar-gambar yang sempat diambil waktu busking petang tadi.
|
Gambar rembat dari Google |
|
Asri Alam Busker bersama rakan-rakan busker lain. Waktu ini aku baru saja sampai sekitar jam 4.00 petang. Diorang mula dari tengah hari tadi dah. |
|
Amp Busking yang digunakan. |
|
Bagus juga Amp ni. |
|
Ini dia Brader Chot, busker yang dianggap otai juga disekitar Ibu Kota. Waktu ni dia main lagu "Sesat Di Kuala Lumpur". Jam 0430 petang. Lagu yang sempat aku dengar masa dia main lagu "Sesat Di Kuala Lumpur, No woman No Cry". |
|
Chot Barangkali |
|
Seterusnya kumpulan busker Pokok Ceri mula mengambil alih pentas jalanan selepas Brader Chot buat persembahan. Jam 0500 petang. |
|
Lagu-lagu yang disampaikan Pokok Ceri seperti : Bengawan Solo, Abang Beca, Ayo Mama, dan banyak lagi sampai aku pun lupa nak catit lagu apa yang diorang main. |
|
Semakin ramai pengunjung datang dan duduk santai dihadapan bangunan SOGO KL sambil melayan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan Pokok Ceri. |
|
Jebat |
|
Selesai sahaja Pokok Ceri membuat persembahan Genji Busker pula mengambil alih pentas jalanan tersebut. Jam 0635 petang. |
|
Genji Buskers |
|
Pengunjung yang penuh sesak dihadapan SOGO. Keadaan lalu lintas kat sini pun sentiasa sibuk. |
|
Barangkali Genji Buskers |
|
Barangkali Asri Alam Busker |
|
Barangkali bersama Pokok Ceri, Asri Alam Busker dan turut hadir petang itu En. Wady selaku Presiden MYBC (Malaysia Youth Buskers Club) dan Tim. Presiden WAGM (World Art Game Malaysia) |
Kalau berkesempatan Barangkali nak terjah diorang busking kat Bukit Bintang pula pada sebelah malam ini, kalau tak sempat pun malam lain lah. Petang tadi ada juga rakan-rakan busker yang minta Barangkali main sekali dengan mereka tapi Barangkali rasa tak perlulah, tunggu esok-esok boleh lah kot main satu dua lagu.heheheh . Sebenarnya ada lagi busker-busker lain yang belum berkesempatan Barangkali nak temui seperti KKSY Percussion, Nescoustic, Suwara, dan banyak lagi rasanya.
terima kasih atas sokongan barangkali..
ReplyDeletesama2 bro..dan menjadi tanggungjawab kita pula dah menghiburkan org awam ..hahaha
DeleteMakin bersemangat tengok geng2 busker kat sana perform...buskers bersatu! Tahniah barangkali kerana berjaya sampai ke tahap ini...
ReplyDeletesalah satu impian aku adalah nak menemui semua busker kat Malaysia tok, bermula dari sabah,Sarawak dan semenanjung..aku rasa bertuah juak, aku banyk mengenali busker2 kat dalam Malaysia tok..
DeleteSalute en barangkali dgn jiwa busking sampe level tertinggi mcm tok..tapi sedih ngan bintulu buskers sik join world wide pun event busking ya..
ReplyDeleteteria kasih bro.tapi kena paham sikit bahawa rata2 ahli dalam bintulu buskers sudah punya kerjaya masing2 dan sudah pastinya utk mengikuti program mcm tok memang sukar dan perlu pengorbanan dari masa dan keluarga, bagi busker2 kat ibu kota tok lain, sidaknya memang busking sepenuh masa. kalau aku punya waktu yang free aku sik ikut busking bro, tapi aku siadak tablighr keluar dakwah berbualan2 bagus gik..
Deleteterbaik.....
ReplyDeleteLayan abih
Deletekonfem meriah nanti masa Langkawi Buskers Festival esok dan lusa.u go guyss!!!!cant wait.
ReplyDelete