Wednesday 17 July 2013

Barangkali Dan Seruling Malaysia 2nd Gathering

Salam seruling dari Seruling Malaysia kepada pembaca blog Barangkali. Entri kali ini Barangkali akan kongsikan program menarik yang telah Barangkali sertai pada awal bulan Jun yang lalu iaitu Seruling Malaysia 2nd Gathering @ Seremban Negeri Sembilan. Agak terlewat sebenarnya untuk Barangkali siarkan cerita ini oleh kerana kesibukan dan mendahulukan entri yang lain.


Dalam entri yang lalu iaitu Barangkali Dan Seremban : 1 Destinasi 2 Tujuan, Barangkali telah berkesempatan mengikuti 2 program dalam satu tempat. Entri destinasi pertama telah Barangkali keluarkan sebelum ini iaitu Barangkali Dan Buku Jalanan Seremban dan untuk entri ini Barangkali akan ceritakan aktiviti sepanjang Seruling Malaysia 2nd Gathering 2013.

Bermula jam 11.00 pagi Barangkali meminta adik untuk menghantar Barangkali ke Stesen KTM Kuala Lumpur dan dari situ menaiki tran menuju ke Seremban.
Sempat juga Barangkali belaqon kat stesen KTM .(4gambar bawah)









Akhirnya Barangkali sampai ke Seremban dan melepaskan rehat sebentar kat stesen Keretapi Seremban. Pada masa yang sama Barangkali menghubungi Arul Pendekar Bambu dan memaklumkan bahawa Barangkali telah sampai ke Seremban, mulanya Arul agak risau dan terkejut ingatkan Barangkali datang terus dari Sarawak ke Seremban dan ketika itu Arul sedang sibuk buat persiapan di bengkelnya sebelum kunjungan kami semua ke sana, tetapi setelah diceritakan yang Barangkali sudah hampir seminggu di semenanjung baru Arul lega. Barangkali juga memaklumkan pada Arul yang Barangkali ingin menemui rakan dari Buku Jalanan Seremban dahulu sebelum menyertai program ini yang telah berlangsung dari awal pagi itu.
 
 
Sementara Barangkali bersama rakan dari Buku Jalanan Seremban, rakan seruling yang lain sebenarnya telah awal-awal lagi berkumpul dan memulakan program di lokasi yang agak jauh juga dari Seremban iaitu di Teluk Kemang Port Dickson. Barangkali tak berkesempatan bersama mereka disana.
(Gambar yang telah diambil dari rakan seruling dalam fb)











Selesai sahaja aktiviti di Teluk Kemang, mereka pun mula berangkat ke Seremban untuk meneruskan aktiviti yang telah disusun atur iaitu melawat ke Bengkel Seruling Pendekar Bambu.



Berhenti kat lampu isyarat pun sempat juga nak tiup. Hehehehe

Setibanya di Seremban mereka semua berkumpul di satu tempat gerai makan. Disinilah tempat Barangkali pertama kali berjumpa rakan-rakan seruling seluruh Malaysia, termasuk Amri Baik yang datang menjemput Barangkali membawa ketempat ini setelah selesai bersama rakan dari Buku Jalanan Seremban. Sebelum ini Barangkali hanya mengenali Amir Ali dan Mohar sahaja.
Kami lepak rehat sebentar dan setelah selesai solat maghrib di surau berhampiran barulah kami semua ke bengkel seruling Arul.






Sekitar jam 8.00 malam kami semua berkumpul di bengkel seruling Pendekar Bambu iaitu di rumah beliau sendiri, dan bermula siadang ilmu tentang seruling.






Najmie Hafizan sedang memberi penerangan tentang seruling Nay dari Timur tengah.

Arul sedang menunjukkan kemahiran dihadapan sifu dengan seruling buatan tangan nya sendiri.

Abang kepada Arul pendekar bambu menyanyikan lagu "Hijab Kekasih" sebuah lagu M. Nasir yang dipetik dalam album Phionex Bangkit Dari Abu dan meminta Sifu Mohar memainkan seruling bersamanya.. Rasa macam tengok konsert M. Nasir LIVE pula. Hehe


Senyuman tu mahal



Sifu Mohar tengah mengajarkan kami secara ringkas Java scale dan lain-lain scale.

Aiman cuba mainkan satu alunan seruling

Hanya seorang sahaja peniup seruling wanita yang berkesempatan untuk 2nd Gathering kali ini.


Tahun lepas Barangkali terlupa membawa Album Alam Mohram untuk ditanda tangan oleh sifu Mohar, dan malam tu baru berkesempatan.





Kita tengok tengok dulu apa yang ada kat Bengkel Seruling Pendekar Bambu ni.(8 Gambar)
Sebahagian peralatan yang digunakan arul untuk membuat seruling.


Seruling yang hampir siap digantung untuk melalui proses seterusnya






Gambar Belaqon Barangkali yang lain.(4 gambar)
Barangkali nak beli sebijik Rebana Ibu ini.

Ini dia ibu kepada Saxophone

Lupa aku nama seruling ni.
Lama juga kami berkampung disitu sampai ke pagi bersengkang mata melayan bunyi bunyian seruling, nasib baik jiran rumah sekeliling telah dimaklumkan oleh Arul akan kehadiran kami kesana.

Sempat juga Arul main gitar dan meminta Barangkali mainkan lagu Mutiara Dari Sang Kepah ciptaan beliau, lagu ni memang Barangkali selalu mainkan ketika busking atau persembahan bila bersama Bintulu Buskers.

Banyak lagi gambar dalam simpanan Barangkali sebenarnya cuma ini saya yang sempat dikongsikan, dalam simpanan rakan seruling yang lain lagi banyak. Sebelum bersurai kami sempat bergambar beramai ramai.










Gambar kenangan
 
Sedutan video dari sifu.. Layan..........




InsyaAllah kalau tiada halangan untuk program seterusnya akan diadakan kat Terengganu mungkin saudara Mohd Norhasim Nor akan menyediakan aktiviti menarik pula disana nanti, dapat boleh tengok bengkel seruling beliau pulak..

Sekian..














2 comments:

  1. pergh best aih nangga gathering ktkorg mcm tok...terasa mcm mok belajar maon seruling plak haha...brader Arul ya ada berik katalog ka utk seruling2 yg dijualnya?g

    ReplyDelete
  2. Katalog sikda ya cuma bagi tauk key apa jak klak nya usahakan..entri tok sik tersusun gilak sbb dah lamak tersimpan dlm draf sikda kesempatan nak buat cerita cantik2 sikit..cukup sekadar perkongsian..

    ReplyDelete