Wednesday 10 July 2013

Barangkali Dan Insan Yang Menerima Hidayah

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Dikesempatan ini saya Barangkali Marus Kamaruddin ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua umat islam, semoga segala amalan diberkati oleh Allah S.W.T.
Dalam banyak-banyak entri yang Barangkali keluarkan, inilah entri yang betul-betul menyentuh hati Barangkali bermula dari semalam hingga saat Barangkali menulis entri ini, ia juga memberi sinar baru bukan sahaja buat sahabat Barangkali malah secara peribadinya Barangkali sendiri mulai merasakan keinsafan dari apa yang terjadi semalam.

Bertarikh 09 Julai 2013 bersamaan dengan 30 Syaaban 1434 Hijrah (sehari sebelum menjelang Ramadhan). Satu peristiwa sejarah telah berlaku yang mana kita telah menerima seorang lagi saudara islam yang baru iaitu rakan sepermainan Barangkali dari kecil lagi. Orang yang dimaksudkan ialah Chas (nama panggilan), Charles Liew Tze Kwang atau nama islam nya Muhammad Adwa Bin Abdullah. Syukur Alhamdulillah...

Jadi Barangkali kongsikan cerita permulaan detik-detik manis ini buat semua.
Setelah dimaklumkan oleh Fareez bahawa Chas ingin memeluk agama islam pada hari sabtu 06 julai 2013, Barangkali terus merencanakan hari untuk melancarkan perjalanan hidayah ini dan orang yang pertama Barangkali hubungi untuk mendapat bantuan ialah Adi Herman, ternyata Adi Herman sangat teruja dan bersemangat untuk bersama-sama membantu kami, dan pembaca boleh ikuti kisah ini juga dalam laman blog beliau iaitu molotovcoctailz.blogspot.com .Selesai sahaja sesi Buku Jalanan Bintulu dan Busking dibuat pada petang ahad 07 Julai 2013 itu, Barangkali bersama Adi Herman, Fareez, Nasuki juga turut hadir dalam perbincangan itu ialah yang empunya badan sendiri Chas dan kami berbincang mengenai hari yang sesuai dan semua berpakat setuju untuk menetapkan tarikh sebelum Ramadhan iaitu semalam. Setelah selesai perbincangan masing-masing persiapkan apa yang perlu untuk hari tersebut, juga Barangkali dikabarkan sendiri oleh Adi Herman bahawa beliau akan tinggalkan seketika tugas dipejabat seawal 9.00 pagi DEMI bersama kami meraikan hari permulaan hidup baharu untuk Chas. Barangkali sendiri pada hari tersebut juga sanggup mengambil cuti sehari untuk menemani Chas walaupun sedar cuti tahunan dah tinggal habis gara-gara percutian Journey Buskers tempoh hari.

Seawal jam 8.30 pagi Barangkali telah bersiap untuk menjemput Chas bersama ibunya dirumah dan sebelum itu Barangkali menjemput Fareez yang baru selesai kerja malam dan sedang menunggu di perhentian bas berhadapan hotel beliau bekerja yang mana lokasi tersebut satu ketika dulu Fareez pernah menyangka Barangkali seorang pemandu kereta sapu semasa menjemput beliau.  Setibanya dirumah Chas, Chas dengan nada perlahan memaklumkan bahawa ibunya tidak dapat menghadiri sekali bersama kami ke Jabatan Agama . Lepas tu kami singgah sebentar untuk bersarapan meenom di Abida Cafe pekena roti canai, dan sedang kami pekena canai Bro Amy Reg datang menemui kami disana dan bersarapan sekali, juga bersama kami bersarapan ketika itu Bro Ramzi yang kebetulan terserempak pagi itu. Ditalian weChat ketika itu Adi Herman memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat Jabatan Agama dan selesai minum kami terus menjemput Nasuki dirumah beliau.
Sesampainya kami di Pejabat Jabatan Agama Islam Bintulu dengan menaiki White Semeteter, rakan-rakan lain juga sudah tiba awal disana menunggu kami.
Bro Razi menunggu di hadapan pejabat agama.

Anam Baseri juga hadir pada pagi itu



Ditangan Barangkali ialah borang yang bakal Chas isi untuk menjadi seorang muslim

Membantu Chas mengisi borang
 
Sementara menunggu pegawai jabatan agama datang untuk proses dokumentasi Barangkali dan rakan mulakan sesi lakonan bagi mendapatkan mut ketenangan buat Chas.
Dimulakan oleh Barangkali sendiri yang belakon menjadi Tok aji nikah,(sedang daftarkan nama-nama calon yang hadir)

Kemudian Hazzika pula yang jadi bahagian penguatkuasa agama (sedang menunjukkan gambar orang yang baru ditangkap dalam operasi banteras Cinta malam tadi)

Adi Herman pula jadi guru kaunseling, bagi ceramah sikit kat Chas.
 
Setelah selesai sesi lakonan maka bermulalah majlis pada pagi itu yang diketuai oleh seorang pegawai Agama islam wanita. Dalam ramai-ramai kami disana, ayahanda Adi Herman iaitu Tok Lai Amir lah yang paling muda dan beliaulah yang menjadi saksi untuk Chas memeluk islam.
Tok Lai Amir sendang menandatangani borang sebagai saksi
 

Chas Sedang membaca apa yang tertulis pada kertas

Saat melafazkan dua kalimah syahadah dihadapan pegawai agama islam.(Gambar sedutan dari video yang dirakam oleh Nasuki Malim melalui iPhone5 beliau)


Wajah-wajah gembira yang bergambar bersama Muhammad Adwa setelah selesai lafaz dua kalimah syahadah.
Tok Alai dan Muhammad Adwa
 

Nasuki Malim pun ada

Fareez Hamzah 

Bro Razi

Hazzika Ariffin

Anam Baseri
Kami ni memang tak boleh duduk senang bila didepan lensa kamera, pasti ada saja aksi. Kebetulan ada seorang lelaki yang sudi menawarkan diri untuk menggambil gambar kami beramai-ramai.




 
 Setelah selesai majlis kami di pejabat Jabatan Agama Islam Bintulu, kami semua berkumpul semula di Sofea Cafe untuk menjamu selera. masuk sahaja waktu zohor Barangkali membawa Muhammad Adwa ke Surau Darus Syakirin di Kampung Assyakirin yang mana itulah rumah Allah yang pertama buat Muhammad Adwa jejaki dan sempat juga Barangkali mengajarkan sedikit permulaan mengenai cara mengambil wudhu' dan solat.
Barangkali lupa dengan nama shiekh ni, dia juga sempat mengajar Adwa mengenai agama islam.
Sebelum kami beredar, kami didatangi oleh seorang lagi sahabat kami yang tak sempat bersama kami pada sebelah pagi tadi, Bro Pak Alid datang menyampaikan hadiah buat Muhammad Adwa, juga mendapat hadiah dari beliau ialah Fareez Hamzah.
Aksi Pak Alid bersama Muhammad Adwa


Pada sebelah petang Barangkali dan Fareez sempat membawa  Adwa ke Masjid Asyakirin untuk menunaikan solat asar, setelah selesai solat kami pun balik dan Barangkali menghantar Fareez dan Adwa balik kerumah. Dalam perjalanan balik kerumah Barangkali sekali lagi menitiskan air mata mengingatkan kembali saat bersejarah pagi tadi.

Rasanya cukuplah cerita ni. Kalau diikutkan hati panjang lagi cerita ni. 
Barangkali nak ucapkan terima kasih buat semua yang hadir dalam memberi sokongan kepada saudara baru kita Muhammad Adwa Bin Abdullah, semoga setiap amalan yang kita kerjakan di rahmati Allah SWT.
Kepada Muhammad Adwa, Barangkali ucapkan selamat menjalani hidup sebagai seorang muslim, kiranya ada apa-apa bantuan dikehendaki kami saudara mu akan sentiasa membantu, hanya hadiah sehelai baju melayu dan kain pelikat buat mu Barangkali hadiahkan.. Sekian
 









8 comments:

  1. Air mata kegembiraan....mun aku ada sia pun mmg nangis juaklah ngga member mdpt hidayah utk memeluk agama Islam.mcm nok pnah aku pdh sblom tok,mmg kuat bna ati aku mdh yg Chass akan masuk islam xlmk gk.syukur Alhamdulillah nang bna2 tjadi...AllahhuAkbar!AllahhuAkbar!AllahhuAkbar!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terguris jiwa ku sedih dan gembira baca entri tok..kepada muhamad Adwa selamat datang kepada islam semoga mendapat hidayah di bulan yang mulia ini..

    ReplyDelete
  5. Entri yang sungguh bermakna...jiwa dimain tok...haha inshaAllah sama2 kia bimbing rakan kita tok mendalami Islam dalam erti kata yang sebenarnya, disamping ya kita juak boleh menambahkan agik ilmu2 akhirat...inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2...aku pun masih rendah juak tahap agama tok..

      Delete