Monday 20 May 2013

Barangkali Boleh Buat : Trumpet Silent Mute

Dalam Entri yang lepas iaitu Barangkali Nak Buat Apa Dengan Benda Ni ?? - KLIK SINI,
Barangkali ada membeli satu cup Ais Krim dan akan mengubah cup tersebut menjadi komponen alat muzik.

Adalah menjadi tabiat Barangkali untuk mencuba dan mengkaji apa-apa jenis alat muzik. Baru-baru ini seorang sahabat Barangkali iaitu Amy Reg telah meminjamkan Trumpet nya kepada Barangkali. Beliau sendiri juga tak reti sangat nak main Trumpet ni, jadi Barangkali pun nak belajar la juga main.
Memang susah juga nak main benda ni, mana taknya teknik hembusan dan pernafasan kena betul barulah bunyi dari Trumpet ni keluar. Itu baru takat tiup belum kord nya lagi padahal ada 3 injap saja yang nak tekan. Lain la macam seruling bambu yang senang saja nak kawal.


Trumpet milik Amy Reg

Setiap petang bila balik kerja Barangkali akan belajar meniup Trumpet, naik bingit telinga ni. Bunyi yang dihasilkan cukup kuat ditambah pula dengan alunan yang sumbang hingga ada yang tak senang mendengar aku tengah berlatih.hahaha.
Kebiasaanya orang akan guna ''Trumpet Silent Mute'' untuk mengurangkan bunyi.

Cara membuatnya :
1. Bahagian atas dan bawah dilubangkan.
2.Sebagai tambahan boleh letak tisu untukpenapis bunyi
3. Balut pelekat yang tak berapa nak lekat di hujung  seperti dalam gambar



Contoh Trumpet Silent Mute dan Homemade Barangkali punya. Lebih kurang juga la bentuknya


Contoh lain


Video demo Homemade Trumphet Silent Mute..hahaha dah tak reti main cam tu la..

6 comments:

  1. Sungguh menarik sekali! Boleh bawak lagu ska la lepas tok! Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah cun lenggok jari nekan injap ya kira dah boleh bawa gig tok hahaha

      Delete
  2. sambung headphone ja... hahaha~

    ReplyDelete
  3. Jgn tiup kali tok ko sedut..kompom x kuar bunyi

    ReplyDelete