Sunday 12 May 2013

Barangkali Puisi : kasih Bonda

Kesempatan ini Barangkali Marus Kamaruddin nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada bonda saya iaitu Puan Selamah Binti Emus @ Abdullah. Ucapan sayang selalu buat mu yang sentiasa bersabar dengan perangai Anakanda dari kecil hingga kini. Jasa mu tetap Anakanda kenang hingga akhir hayat Anakanda.

Sama melayan karenah anak


Sama belaqon macam anak


lagi dengan Laqonan

Bondaku juga ada nama lain macam aku juga..hahaha. Selamah Ong Ong. Dalam bahasa Bintulu ''Ong'' itu bermaksud ''Buah''. Bondaku berniaga kecil kecilan menjual buah.

Gambar Bonda dan Ayahanda ketika mula bercinta
Aku sewaktu kecil. 1984/1985

Gambar kami sekeluarga. 2012
Kasih Bonda
Terukir kasih dari belaian
Tersimpan duka dari kematangan
Terpendam perit dalam diari kehidupan
Sepanjang waktu titipkan kebahagiaan

Bonda...
Tangan mu membelai
Dan tangan itulah kami kuncupkan salam
Buat bekal kasih ke sekolah
Hingga harapan dewasa mencari nafkah

Adapun wajah resah di balik tawa
Bonda tetap mencuba
Membesarkan kami tanpa paksa
Merawat kami tika luka
Menegur kami tanpa leka
Membuat kami setia
Membuat kami gembira
Mengajar kami mengenal cinta

Kami anaknda panjatkan doa
Diberkati segala usaha
Dipanjangkan usia
Moga terbalas jasa ke syurga
Cinta kami buat mu Bonda.

Barangkali Marus Kamaruddin


 
 

4 comments:

  1. seriously aku hampir menangis nangga video BB ya sambil baca sajak kau tok rus...aku jenis yang x pandei berkata puitis macam tok tapi aku rasa sajak kau tok boleh buat lagu. lain macam cik man!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar adi..kelak aku pun turut nangis.hahahaha. aku sendiri yang tengok video ya pun rasa nak nangis juak.

      Delete
  2. Nang cukup menusuk kalbu cerita tok bro

    ReplyDelete