Friday 17 May 2013

Barangkali Dan Seruling



Sebut saja seruling aku terus fikirkan alunan bunyinya yang syahdu itu, tak mustahil juga ada sesetengah orang yang gunakan alunan seruling ini sebagai muzik terapi dan dapat suasana damai darinya. Untuk entri kali ini aku nak kongsikan kisah mengenai Aku dan Seruling..

Semasa aku bersekolah rendah di OKMS "Orang Kaya Mohamad School" hahaha nama dalam bahasa melayu nya "Sekolah Rendah Orang Kaya Mohamad" masih ada mata pelajaran Muzik pada zaman itu. Ketika itu kami di ajar kord taugey dan alat muzik Rekorder. Satu hari cikgu aku membawa 1 kotak yang berisi rekorder. Setiap pelajar diminta ambil sendiri rekorder dalam kotak tadi, jadi ramai la pelajar berebut memilih sendiri rekorder yang tiada kesan gigitan kat muncung peniup termasuk aku, al-maklum la barang sekolah semua pelajar kena kongsi. Ada juga pelajar yang bawa sendiri rekorder dari rumah. Yang menariknya banyak rekorder dalam kotak tu ada sebatang seruling putih yang sama buatannya macam rekorder lain, dan memang aku tahu pun yang tu seruling, jadi ambil lah seruling tu dan cuba tiup. Tanpa disangka dengan sekali dua hembusan aku berjaya mengeluarkan bunyi dari seruling itu, dan tiba tiba cikgu terus ambil seruling tu dan ketuk kat kepala aku lalu berkata "cikgu suruh ambil rekorder bukan seruling"..hahaha.. Itulah kali pertama aku memegang seruling dan meniupnya. Kalau tak silap aku masa tu darjah 3 atau 4, lupa dah, nama cikgu itu pun aku lupa lupa ingat,. Cikgu tu masih lagi mengajar atau pun tidak aku pun tak tahu..
Itu sedikit sejarah mula mula aku terjebak dengan seruling. Barangkali rakan sekelas aku juga mengingati peristiwa itu dan nama cikgu tu.

Sebahagian alat muzik yang diajar kepada kami waktu sekolah rendah dulu..
Rekorder, Wooden Two Tone, Triangle, Castanet..Barangkalilah,aku pun lupa lupa ingat nama alat muzik yang lain
Terus terang aku katakan yang aku sebenarnya tak la hebat mana pun main seruling ni, hanya pemuzik amatur yang masih lagi mencari dan mencuri ilmu peniupan seruling dari otai otai. Kalau rakan rakan nak mintak ajarkan pun aku hanya dapat ajar yang asas saja.

Seruling ni banyak jenis, lain negara lain pula nama nya, yang pasti seruling tu mesti ada lubang untuk di tiup.hahahaha. Aku lebih gemar guna seruling Dizi yang berasal dari China. Seruling Bansuri dari India pun sedap juga. Manakala seruling Nay dari Timur tengah aku tak pernah cuba lagi.

Seruling pertama yang aku miliki
Seruling yang dibelikan oleh adik aku
Aku bersama Sifu Mohar Mohram atau nama sebenarnya Muhardiman Ismail.. Gambar ni dirakam oleh rakan seruling aku Amir Ali, sampai lupa pulak aku nak bergambar dia sekali. Apapun terima kasih kepada Amir Ali yang sudi membawa aku berjumpa dengan sifu.
Mohar Mohram merupakan pemain seruling yang cukup dikenali oleh artis artis di Malaysia. Tiupan serulingnya boleh didengari dalam soundtrack filem filem Malaysia.. Ramai juga artis yang menggunakan khidmatnya dalam album atau pentas live. Seorang lagi rakan Mohar dalam Kumpulan Mohram ialah Ramli. Mohar + Ramli = MOHRAM.

Mohar banyak mengajar kami teknik dan tips yang baik bermain seruling, yang paling penting katanya ialah "banyakan latihan".
Selain Mohar, ramai lagi rakan seruling yang aku anggap otai seperti Boy Razli, Rohaslam Hizad, Arul Pendekar Bambu, Asri Alam Busker dan lain lain lagi nama yang tak tertaip..heheh.



Salah satu hobi aku ialah menggumpul seruling, banyak juga seruling yang aku hadiahkan kat kawan aku. (seruling je banyak mainnya tak berapa.hehehe)

Serius aku kata, sapa yang dah ada album Mohram ni pasti berpuas hati sebab instrumental seruling memang terbaik,


Aku titipkan sebahagian gambar laqonan aku bersama seruling. hehehehe


Gambar kat UPMKB










Persembahan di majlis Ngiling Bidai kat Airport Bintulu


Gambar dari blog rakan aku. Latihan untuk persembahan Ramah Tamah Aidilfitri. Sayang sekali disaat akhir aku tak dapat beraksi bersama band Metuk Ulau Projekt.
Gambar waktu yang sama seperti diatas tetapi melalui kamera aku






Persembahan kat Dewan Suarah Bintulu

Busking kat Waterfront Kuching

Instrumental Jawa. hahahaha

Persembahan Ramah Tamah Aidilfitri kat Kelab kidurong

Dalam banyak persembahan aku main seruling jarang sekali aku mintak orang rakamkan, hanya sebahagian saja yang dirakam seperti video diatas iaitu lagu Instrumental Gurindam Jiwa cover Bintulu Buskers. Video ini adalah cubaan pertama aku dan dimainkan dalam versi keroncong. Mula-mula aku tengok rakan seruling aku banyak main lagu ni dalam Youtube jadi aku pun ingin cuba juga lah.. Ada sumbang sikit. hehehe..

Siapa yang berminat nak mempelajari bermain seruling bolehlah buka link di bawah :

Facebook 
Seruling https://www.facebook.com/groups/383030245092678/
Support Seruling Malaysia!!! https://www.facebook.com/groups/380292055380653/
Dizi & Xiao - Chinese Bamboo Flutes https://www.facebook.com/groups/2216660986/

Juga siapa yang berminat untuk membuat tempahan seruling bolehlah menghubungi rakan seruling Barangkali seperti dibawah :

Gambar dari Facebook Pendekar Bambu.(Contoh hasil seruling buatanya)
Gambar dari blog beliau.(Contoh hasil seruling buatanya)

Itu saja yang dapat aku kongsikan mengenai seruling, tapi kalau nak tahu cerita lebih panjang boleh la buat sesi minum kopi kat Medan Selera SEDC Bintulu, boleh aku bawa seruling sambil main disana.

9 comments:

  1. Haha ada juak pics sesi jamming bersama Metuk Ulau Projekt untuk majlis ramah tamah aidilfitri jabatan kimia dolok ya...KLMJ aih haha...instrumen seruling tok antara alat muzik yg bapak aku suka, aku pun suka juak cuma nafas aku x panjang mun bermain seruling, ya yg buat aku x berbakat gilak main seruling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku masih kena bnyk belajar skill main seruling tok.

      Delete
  2. cerita lama kolaborasi bln september tahun lepas (entri ni)

    ada masa kita buat kolaborasi lagi, geng2 MUP + buskers

    ReplyDelete
  3. Bab seruling aku x dpt komen apa2..yang peliknya aku tiup2 seruling en barangkali langsung xda keluar bunyi..mungkin kah seruling beliau rosak atau aku langsung tiada bakat..tp yg pasti aku xda bakat..hahaha..peace no war

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakat boleh digilap.rosak boleh diganti..mun sikpat juak kita kembali kepada yang asal zaman sekolah..main rekorder jak..

      Delete
  4. salam broo dari castello come back....
    aku minat sgt ngn seruling sehingga satu masa pernah belajar ckit ngn asri alam busker...tiup dah bunyi...cuma kod n tiun je xbrape nak menjadi...n nafas pun lom semporna...mana lah tau kot2 ade peluang dpt blajar ngn bro...ada kawan ka di sabah yg boleh join ni????

    ReplyDelete
  5. As salam tuan. boleh share info, seney mok dapatkan album Mohram? mek mok order..susah mok carik di KL tok.

    ReplyDelete
  6. Mana nk dapat kord lagu seruling.

    ReplyDelete