Friday 3 May 2013

Aku dan Ukulele

UKULELE, sejenis gitar kecil yang berasal dari Hawai dan mempunyi 4 tali.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari dalam Google,Wikipedia.hehehe.

Aku suka juga main ukulele ni sebab kordnya mudah untuk di pelajari, kalau boleh aku pun nak buka satu kumpulan orkes ukulele kat Bintulu ni itupun kalau ada sambutan lah,boleh buat aktiviti riadah petang petang kat pantai macam apa yang rakan rakan aku buat kat Sabah. Orkes Akiuku Sabah Ukulele Group. KLIK SINI.

Semua peringkat usia boleh main Ukulele ni. Harganya pula murah dan banyak jenis, saiz sesuai dengan kemahiran anda untuk kendalikannya.
Ada 4 jenis Ukulele yang biasa dimainkan tapi kalau anda mahu menpatkannya sebijik boleh lah membeli Ukulele jenis Soprano, saiznya paling kecik dan paling banyak digunakan oleh mereka yang ingin belajar bermain. Jenis lain pula seperti Concert, Tenor dan Baritone.

Kepada sesiapa yang berminat nak pelajari secara mudah bermain gitar ni aku boleh ajarkan,boleh la kita tubuhkan satu kumpulan ukulele untuk riadah kan eh kan ehh ehh....hehehe. Bagi yang tinggal kat Bintulu boleh dapatkan di kedai Zoso Music atau kedai My Music, mana mana kedai muzik barangkali juga ada dijual. Kat Farley Super Market Medan Jaya pun ada kat bahagian alat muzik. Boleh jumpa dengan sahabat aku yang kerja kat situ nama nya Jackson, banyak Ukulele yang murah kat situ.

Koleksi Ukulele


Ukulele ni mula nampak kosong, jadi aku hiaskan sikit. Macam macam idea aku nak lukis..


Akhirnya Ukulele yang dah di tambah seri mengikut apa yang terlintas kat kepala aku.
Ukulele ni rasanya sama jenis macam kawan aku Adi Herman sebab tak berapa lama dia beli aku pun terus beli sebijik juga.


Dulu aku guna Ukulele ni. Gambar masa Busking kat kedai makan Sofea Cafe.


Gambar "belaqon"






String untuk ukulele....Aquila

Bagi Ukulele yang takda pickup, boleh la beli Pickup tambahan, hanya klip saja kat mana mana bahagian Ukulele kemudian sambung ke amp.






Tuan Ahmad bersama Ukulelenya. Gambar diambil dari fb beliau

Anak anak rakan aku pun suka main







The Ukulele Orchestra of Great Britain. Kumpulan ni yang aku minat, boleh tengok video diorang dalam Youtube.




Apa lagi tunggu kepada yang diluar sana marilah dapatkan sebijik ukulele, boleh la kita main sama bersantai kat tepi pantai..








3 comments:

  1. The ukulele orchestra of great britain ya memang terbaik! Byk lagu rock mereka pernah cover seperti Smell Like Teen Spirit dan ada lagi la...haha Ukulele kita sama bro, Samick punya brand! Memang selesa la dari Ashton.

    ReplyDelete