Thursday 23 May 2013

Barangkali Selangau Destinasi Persinggahan

Daerah Selangau merupakan destinasi persinggahan yang popular di Sarawak bagi pengguna kenderaan darat. Terletak di kilometer 80 Jalan Sibu / Bintulu 96000 dan juga dipersimpangan menuju ke Mukah, Balingian, Oya, Dalat serta daerah lain di dalam laluanya.
semenjak dari dahulu lagi Selangau merupakan daerah yang sangat strategik untuk pemandu singgah berehat sebelum memulakan perjalanan semula.

Secara peribadinya Barangkali merupakan salah seorang pengguna yang kerap singgah di Selangau. Boleh dikatakan dalam setiap bulan sekiranya punyai kelapangan dan tiada aktiviti Busking mingguan pastinya Barangkali akan balik ke kampung di Mukah/Dalat.

Di Selangau terdapat 2 hentian rehat yang kerap dikunjungi iaitu dipersimpangan menuju ke Mukah dan sebelum sampai ke simpang iaitu dari Bintulu. dan dalam entri kali ini Barangkali sebenarya nak mengsyorkan kepada ada hentian rehat yang terbaik diantara kedua dua hentian tersebut iaitu di Restoran Nurlana Abdullah (hentian pertama dari Bintulu sebelum simpang ke Mukah).

Restoran Nurlana Abdullah
Mengapa ianya jadi pilihan?. Jawapanya senang, sebab bersih sedikit dari hentian sebelah. Dengan ruang tandas yang kecil membolehkan ia senang di pantau oleh pekerja pembersihan disana. Kemudahan lain disediakan seperti Surau yang terletak bersebelahan dengan permis ini. Ruang solat memang sangat penting di setiap hentian rehat. Selain dari itu pekerjanya cukup peramah. Barangkali mengenali salah seorang pekerja pelayan di restoran itu, namanya Aiman. Setiap kali Barangkali singgah minum di sana cukup hanya dengan wang RM3.50 dah boleh pekena Mee Sedaap kosong sebungkus dan Kopi O panas. Hahaha.

Aiman... Pelayan yang paling peramah dan sempoi. Barangkali datang saja dia dah tahu Barangkali minum kopi O panas..

Tangki Air di simpang Selangau. Setiap kali Barangkali balik Mukah Barangkali sering kali pantau projek pembinaan tangki air ni dari mula dibuat hingga kini siap berdiri tinggi.


Ketika ini sedang di baik pulih. Jalan tak jauh dari Sg. Arip

"Batu Katak" Bagi pengamal nombor ekor pasti akan singgah kat sini. Sekarang dah tak ada bumbung..hahaha

Kepada pengguna jalan darat yang ingin singgah di Selangau pilihlah hentian yang terbaik. Sekian.

Barangkali Marus Kamaruddin
Tukang tapis : Lee Checker







4 comments:

  1. la...nei tuju atap batu katak ya? haha bagus juak la, jgn diberik kemudahan gilak kwsn ya, syirik haha....

    ReplyDelete
  2. batu katak tu dah lama xberatap, aku lalu bulan 12 thn lps dah xda atap, ada byk lubang2 kena drill (seolah2 ingin disumbat dinamit)

    btw, klu xsilap tmpt perhentian di selangau tu dulu namanya "nurliyana/nurliana abdullah" kenapa jadi "nurlana abdullah"? ada typo pembuat signboard? aku pnh buat entri tmpt ni beberapa tahun lepas

    ReplyDelete
  3. betul ya.aku pun rasa hairan juak pada nama ya..

    ReplyDelete