Friday 10 May 2013

Barangkali Pencen Main Badminton.

Dulu aku pernah bergiat aktif dalam sukan Badminton, boleh dikatakan setiap petang selepas waktu kerja aku meluangkan masa untuk bermain badminton itu pun kalau tiada latihan bersama geng Bintulu Buskers pada sebelah malamnya lah.

Bermulanya aku terjebak dalam kancah badminton di sebabkan saranan dari Pengurus kat tempat kerja aku yang sering kali mengajak staff nya untuk aktif dalam bersukan selepas waktu kerja. Bila aku tengok rakan-rakan aku semua sebok nak beli raket badminton aku pun nak beli juga. Setiap jam 5 selepas waktu bekerja, aku pun pergi la gelanggang badminton yang selalu digunakan kami bermain iaitu di gelanggang Balai Bomba AFRS Lapangan terbang Bintulu.

Aku titipkan gambar aktiviti lepas waktu kerja kami ni. Aku tiada dalam gambar sebab aku jadi wartawan yang ambik gambar..hahaha

Tuan pengurus Bersama Ahmad Edi. ''ana suruh ente pukul bulu tangkis bukan cangkul itu simen''

Ahmad Edi. Baru tadi aku keluarkan entri cerita pasal beliau dengan pengaruh P.Ramlee. Hebat juga dia ni main Badminton..otai katakan..



Beal Panggau, menunggu pukulan balas dari Tuan Marzuki.


Beal Panggau dengan aksinya, 'jurus pukulan sebelah kaki'

Tukang kira markah Zamrul.. Juri Berat sebelah..

Tengok la aksinya... orang suruh main badminton dia nak main Kabadi

Setelah berjaya memujuk aku menjualkan raket kepadanya, kini dia beli pulak kasut baru. Dia beli kat Pasar Malam Bintulu.

Pembetulan.. Kasut yang di belinya di kedai sukan bukan di pasar malam..

Dua raket badminton aku yang warna kuning dan hijau kat bawah tu dah aku jual kat kawan aku Mohd Zamrul namanya. Dengan ayat pujuk rayunya meminta aku menjualkan raket aku padanya. Mentang-mentang waktu tu aku dah kurang untuk turun ke gelanggang siap dia boleh kata raket yang aku beli tu boleh buat pekasam kalau tak jualkan padanya..hempeh betul.

Kini aku dah pencen main badminton, tapi bukan la bermaksud aku tak main terus sukan ni cuma aku nak bagi ruang untuk aku buat aktiviti lain pula.
Kepada rakan aku yang masih aktif tu, Zamrul, Beal Panggau, Ahmad Edi dan lain-lain teruskan semangat kesukanan anda.. Aku rasa cukup la cerita pasal badminton ni, malas dah nak taip..

Majulah Sukan Untuk Negara, Bukan Majulah Sukan Untuk Glamour...

6 comments:

  1. Bintulu Buskers buat aktiviti futsal lagik lepas tok...amacam? semacam pernah dirancang tapi asyik tergendala ini planning haha

    ReplyDelete
  2. aku waktu mula2 kerja di bintulu dulu (2006-2008) mmg aktif main futsal dgn geng2 opis

    skrg sbb gelanggang opis dah hilang "dimakan" bgnn baru dan sbb pernah cedera lutut bbrp kali (jln pun xbrapa btl), aku dah kurang bersukan

    ReplyDelete
  3. Klak ngator aktiviti futsal..kadang2 sukan tok memang perlu juak selain dari muzik

    ReplyDelete
  4. Haha..best blog kali tok bro..lain masa kita main badmiton gik..mun xda raket pinjam jak ngan aku lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aku akan turun gelanggang semula tapi bulan buat masa tok la..hahaha

      Delete