Thursday 9 May 2013

Barangkali Filem P. Ramlee Dan Pengaruhnya Dalam Kehidupan



Siapa tak kenal seniman agung negara P.Ramlee atau nama lahirnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Seperti biasa kalau nak tahu sejarah hidupnya boleh baca kat Wikipedia.hehehe.
Beliau sememangnya dikagumi ramai kerana aura bakat seninya yang pelbagai dan mampu memberi kesan terhadap sesiapa yang setia menonton ceritanya walaupun berulang kali. Dalam tiap tiap minggu pasti ada filem P.Ramlee ditayangkan di kaca tv.

Secara peribadinya dalam banyak filem beliau yang paling aku gemari ialah filem berjudul "Anak Bapak" tahun 1968.. Cerita ini mengisahkan seorang majikan iaitu En.Harun Bin Mahfis(P.Ramlee) anak Pengurus ladang yang suka pergi joli dengan PA nya iaitu Salleh (lakonan Ibrahim Din) dan pada masa yang sama beliau seorang Bos yang sangat perihatin terhadap kebajikan pekerjanya.. Rasanya semua tahu cerita ni.



Berbalik kepada cerita pengaruhnya dalam kehidupan seharian, aku tidak terlepas dari menggunakan bahasa atau ayat ayat dari filem beliau dalam perbualan aku dengan rakan rakan, tambahan lagi bila di tempat kerja. Kena saja dengan rakan sekerja yang jenis sempoi tu memang tak kering gusi la dibuatnya mana taknya ayat ayat dalam filem beliau dah jadi perbualan biasa dan formal bagi kami. Contoh ayat yang sering digunakan ialah:
"Hai sahabat, ente, ana" Filem Ahmad Albab. Cakap mesti ada pelat arab Ahmad Albab...hahaha. Ayat dalam filem lain pun ada juga.. Bukan bermaksud aku kata Filem P.Ramlee ni membawa kesan yang buruk, sebalinya memberikan keceriaan kepada aku dan rakan-rakan aku.

Ahmad Edi. Rakan aku yang suka mengajuk dialog-dialog dalam filem P.Ramlee
Ini dia rakan aku yang selalu membawa pengaruh percakapan filem P.Ramlee. Namanya Ahmad Edi, juga nama samaranya Sharif Dol, nama panggilan lain yang sering kami guna ialah "macha, brader, shiekh, jagindas" macam-macam la. Filem yang paling beliau minati "Ahmad Albab". Dulu kita orang suka layan filem P.Ramlee kat tv2 hari isnin malam bersama rakan rakan yang lain di tempat kerja.


Sedutan lagu dalam filem Anak Bapak, Keroncong Kuala Lumpur..

Getaran Jiwa.. Pernah juga kami dari Bintulu Buskers bawa lagu ni.


Rasanya semua orang punyai cerita tersendiri dalam hidup mereka mengenai pengaruh atau kesan dari filem-filem P.Ramlee.
Sebelum aku terbitkan entri ini sempat aku jengok dalam Wikipedia baca sedikit tentang sejarah hidupnya dan rupa- rupanya P.Ramlee di beri gelaran Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee. Semoga Beliau bersama golang yang beriman..Amin.




4 comments: