Suka Barangkali kongsikan sikit cerita dan gambar semalam bertarikh 08 Jun 2013 (Sabtu) yang mana Barangkali nak ke Seremban, Negeri Sembilan untuk menyertai 2 aktiviti yang memang Barangkali minat lakukan dan rencana ini mungkin sukar sekali nak dibuat pada lain kali, kalau ada sekalipun mungkin lokasi atau masanya sudah tak kebetulan sama seperti rencana semalam. Ini pengalaman kedua Barangkali menaiki Train KTM ni, dan kali pertama menakinya sewaktu Barangkali masih menjadi rekrut di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Jalan Semarak (PULAPOL) dulu-dulu..
|
Barangkali suruh adik hantarkan ke stesen KTM. |
|
Laluan menuju ke Seremban (Laluan B) |
|
Mengimbau sedutan dalam cerita Masam-Masam Manis P.Ramlee di Stesen KTM. |
|
Belaqon bersama kakitangan KTM. |
|
Beg Seruling siap untuk dibawa ke Seremban. |
|
Seremban mari.... |
|
Barangkali tersalah masuk gerabak, masuk dalam gerabak khas untuk wanita...malu merah padam muka di buatnya.hahahaha. |
|
Penumpang yang sesak, mereka ni semua turun di stesen Mid Valley. |
|
Gambar dari dalam train. |
|
Sampai ke stesen terakhir iaitu Seremban. |
|
Stesen Keretapi Seremban. |
Tujuan utama
Barangkali ke
Seremban ialah untuk menghadiri
(Music Camp) Seruling Malaysia 2nd Gathering 2013 bertempat di
Bengkel Seruling Pendekar Bambu (Arul), dan dikesempatan itu sebelum menghadiri
music camp tersebut
Barangkali sempat menemui rakan-rakan dari
Buku Jalanan Seremban yang mengadakan program
Buku Jalanan Seremban Santai Bersama Marjinal @ Lake Garden Seremban yang tempatnya tak jauh dari Stesen Keretapi Seremban.
|
Barangkali juga membuka Buku Jalanan Bintulu dan kesempatan ini Barangkali gunakan untuk menemui rakan-rakan dari Buku Jalanan Seremban. |
|
Begitu juga dengan aktiviti seruling, Barangkali merupakan salah seorang ahli seruling dari Sarawak di dalam Group Seruling Malaysia, diharap lepas ini ada rakan-rakan dari Sarawak yang akan masuk ke Group Seruling Malaysia ni, dan Barangkali yakin ramai pemain seruling dari Sarawak yang hebat main seruling cuma belum ketahui lagi wujudnya Group Seruling Malaysia ini. |
Cerita selanjutnya mengenai kedua-dua program ini akan
Barangkali kongsikan dalam 2 enrti yang berasingan nanti.... Sekian
Maklumat tambahan :- KLIK Bawah
Seruling Malaysia Facebook Pages
Seruling Facebook Group
Buku Jalanan Bintulu Facebook
Buku Jalanan Seremban Facebook
perghhh geng2 buku jalanan buat gig Marjinal di Seremban? memang hebat...dolok masa zaman kolej, seremban merupakan destinasi yg selalu aku pergi tiap kali ujong minggu. klmj....
ReplyDeleteSenang jak ke seremban ya.naik train ktm pejam celik,huha huha dgn org sebelah lu sampai..aku akan tetapkan seremban dalam destinasi wajib bila aku kebetulan ke semenanjung
DeletePuas la barangkali jalan2 kali tok
ReplyDeleteWartawan jalanan kena bnyk jelajah tmpt org
ReplyDelete