Tuesday, 11 June 2013

Barangkali Selesai Journey

11 Jun 2013 (Selasa). Hari terakhir di Kuala Lumpur dan Barangkali akan pulang semula ke Sarawak.
Siapa sangka dalam tempoh yang singkat Barangkali telah banyak menimba ilmu dari rakan-rakan disini. Sangat bertuah rasanya kerana dapat bertemu dengan Busker-busker ibu kota yang mana sebahagian mereka yang ditemui itu akan mewakili negara dalam World Art Games di Croatia hujung bulan nanti dan dengan kehadiran Barangkali kesini adalah sebagai tanda sokongan busker dari Sarawak kepada semua peserta yang akan ke sana nanti. Selain itu juga dapat bersua dengan sifu-sifu seruling bambu dan rakan seperjuangan yang lain di seluruh pelusuk negara. Tak lupa juga rakan-rakan dari Buku Jalanan Seremban. Barangkali akan berangkat jam 1.25 petang nanti menaiki pesawat Air Asia.

Sampai bersua lagi... Salam dari Barangkali Marus Kamaruddin buat semua.




Nantikan entri lengkap Travelog Barangkali sekembalinya ke Sarawak.

1 comment:

  1. entri lengkap mesti disertakan dengan lebih banyak gambar woooo....kamon la hahaha

    ReplyDelete