Friday, 22 November 2013

Buah Dabai

Buah Dabai, sememangnya buah yang cukup terkenal di kepulauan Borneo, jadi tak hairanlah ia dijadikan hidangan tambahan untuk santapan, ada juga rakan Barangkali bagitahu yang makan nasi berlaukkan buah Dabai ni saja pun dah cukup.



Secara peribadinya Barangkali sendiri tak pandai nak makan buah ni, alasannya mudah sebab tak suka makanlah..hahaha.

Dititipkan beberapa gambar yang diambil pagi tadi di Pasar Tamu Bintulu.




Setakat ini baru permulaan musim dan harga jualan pun masih sekitar RM10 sekilo, kalau dah belambak buah ni dijual nanti memang harganya akan jatuh lebih murah, begitu juga dengan buah Durian yang sekarang dah mulai banyak dijual.

"Terjah pagi di Pasar Tamu"


2 comments: