Friday 8 November 2013

Barangkali Style (Spring Kawalan Lentok)

Baru baru ini ada seorang sahabat Barangkali iaitu Nasuki Malim yang beliau juga salah seorang yang cukup berpengaruh dalam Apple User Group Malaysia telah kongsikan inovasi mudah bagi mereka yang mengalami masalah pada kabel pengecas gajet, tanpa mengeluarkan kos dan hanya perlu merembat spring pen kawan anda sahaja untuk dijadikan Spring Kawalan Lentok. Mudah/simple, tak payah lagi nak balut dengan pita silotep. Kaedah ini akan mengelakkan kabel pengecas anda patah akibat lipatan kabel yang terlampau perrrrrhhhhh.. Sangat poyo ayat tu.
Menurut cerita dari Nasuki Malim, pihak Apple sengaja tidak mengeluarkan kabel dengan menggunakan kaedah ini terlebih awal kerana takut jualan alat ganti mereka akan tidak laku..
Barangkali kongsikan gambar kabel yang  sudah menggunakan cara ini.. 
Tahniah buat Nasuki Malim.... Ngumpaiks kamo...



 
Sekian cerita dari Wartawan Jalanan Semeteter.

2 comments: