Wednesday 11 December 2013

Wartawan Jalanan : Japanese Film Festival 2013

Pada hari sabtu yang lalu 07 Disember 2013 Barangkali berkesempatan untuk menghadiri satu festival iaitu Japanese Film Festival 2013 in Bintulu yang dianjurkan oleh Japanese Foundation Kuala lumpur dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Festival yang dianjurkan selama 2 hari itu iaitu bermulai seawal 10.00 pagi  pada  07 hingga 08 Disember itu telah mendapat sambutan menggalakkan dari pada pelajar di kampus UPM sendiri dan orang ramai yang mewakili jabatan dan agensi luar serta penduduk sekitar Bintulu.

Antara filem yang menarik yang sempat Barangkali tonton ialah "The Chef of South Polar" 2009, yang berkisahkan sekumpulan lelaki yang dihantar bertugas ke kutub Antartika dan menjalani kehidupan harian disana. Selain itu juga terdapat filem dokumentari juga ditayangkan pada waktu yang telah disusun atur oleh penganjur dan terdapat pengisian lain juga yang diselitkan sepanjang aktiviti antaranya :
* Mini Japanese Language Lesson
* Yukata Demonstration
* Origami
* Traditional Toys
*Onigiri Workshop
dan lain lain aktiviti yang diselitkan sepanjang dua hari dianjurkan. terdapat juga jualan kraftangan yang disediakan di pintu masuk dewan.

Barangkali tidak keseorang ketika menghadiri ke festival itu kerana turut sama sama Belaqon bersama  ialah saudara Adi Herman yang juga datang bersama keluarganya.
Dititipkan beberapa gambar yang sempat diambil melalui lensa Barangkali.

Dihadapan pintu masuk Dewan Sri Kenyalang

Daftar masuk ambil tiket


Tayangan filem The Chef of South Polar, masa ni masih awal dan belum ramai lagi yang datang

Adi Herman bersama keluarganya.

Tak sempat nak ambil gambar tetamu kehormat yang datang, sebab masih melayan filem ketika itu.

Adi Herman mencuba baju tradisi orang jepun.

Macam pekerja kat kedai sushi..hahaha



Ari gato..

Besama Barangkali dalam kelas Origami.






Tu je gambar yang Barangkali ada, barangkali kat Adi Herman ada banyak lagi... Sekian

No comments:

Post a Comment