Tuesday 3 September 2013

Barangkali Tiada Di Konsert Metallica

Rasa terpanggil nak buat entri ini dan mengulas sedikit cerita mengenai Band Metallica yang baru baru ini telah selesai membuat konsert di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 21 Ogos yang lalu, Ini entri baru dan pertama selepas hampir 2 minggu lebih sibuk dengan tugasan diluar stesen iaitu di Kota Kinabalu sekali menyambung cuti raya disana.
Secara peribadinya Barangkali memang minat juga kat Metallica ni tapi tak sampai tahap minat gila abis malah Barangkali tiada menyimpan apa apa koleksi dari Metallica samada kaset,cd atau pun baju. Ketika konsert ini berlangsung, Barangkali hanya dapat mengupdate cerita terkini melalui fb dan blog rakan ketika itu, dan baru baru ini Barangkali juga terbaca entri yang dikeluarkan oleh Bro Jali "Metallica: Selamat... Thank You (Part 3) " dan di situ juga dapat sedikit cerita sepanjang konsert berlangsung.

Buat pertama kalinya Band Metallica telah mengadakan konsert di Malaysia dan sudah pastinya peminat diseluruh Malaysia berkampung disana dan semestinya ini yang ditunggu tunggu oleh peminat Band ini sepanjang 30 lebih tahun usianya.

Barangkali minat kat Metallica ni pun sebab masa sekolah dulu selalu bawa gitar lepak dengan diorang otai-otai kat tepi pondok jalan kampung Masjid pada malam hari sambil ditemani dengan air botol sedap dan pinajam gitar Barangkali untuk mainkan lagu lagu Metallica. hhahahahaha.


 
Gambar ini Barangkali rembat dari blog kucinghijau.blogspot.com
 

Ada juga rakan Barangkali yang siap buat baju khas macam Bro Yong Joe Black ini, jeles juga aku tengok, tulisan jawi lagi tu..
 

Bro Yong Joe Black..Gambar Barangkali rembat dari fb beliau
Cukuplah takat ni saja cerita pasal Band Metallica ni sebab berapa hari berlalu konsert ni dan entri ni dalam draf pun lama tak ter publish.
 

2 comments:

  1. tak sampai tahap minat gila + tak pergi tgk konsert = takde hal

    minat gila + tak pergi tgk konsert = satu penyesalan (bkn penyelesaian)

    ReplyDelete