Thursday 5 September 2013

Barangkali Bongkar : Penjual Handphone Jalanan Part 2

Dalam Part1 Edisi Bongkar yang lalu Barangkali telah kongsikan beberapa gambar sedutan dari video yang berjaya dirakam sendiri oleh Barangkali, dan untuk part2 ni Barangkali kongsikan terus video tersebut.

Sebelum tu izinkan Barangkali memberi sedikit ulasan mengenai aktiviti ini mengikut sudut pandang Barangkali :-

1. Aktiviti Penjual/penjaja jalanan ini telah lama dikesan disekitar Bintulu terutamanya di hadapan passaraya, bank atau laluan orang awam lain.
2. Produk jualan yang selalu dijual kepada orang awam ialah handphone, alat eletronik pintar yang lain, jam tangan dan lain-lain mungkin lagi banyak.
3. Si perlaku bukanlah orang tempatan dan dari segi pertuturan sepertinya orang cina, ada juga kelibat orang indonesia sebelum ini yang menjalankan aktiviti ini.
4. Cara dan kaedah promosi jualan, mereka akan menghampiri orang awam yang lalu lalang disana, dan ada juga yang terus mendekati mereka dalam kereta yang sedang pakir.
5. Mereka membenarkan kita untuk membelek dan menilai sendiri produk yang dijual dan boleh terus membuat rundingan harga. Selalunya mereka sendiri yang menanyakan kepada kita harga yang kita inginkan.
6. Rungutan orang awam yang berada disana juga rata ratanya kurang senang akan kehadiran mereka kerana merasakan ia boleh mendatangkan rasa ancama dan perkara buruk lain yang berlaku, tambah lagi bagi mereka yang berseorangan.
7. Sebagai pengguna memang anda punya hak untuk membeli tetapi bagi Barangkali sarankan agar anda tidak membeli produk yang mereka tawarkan kerana semuanya barang tiruan, kalaupun betul barang itu tulen tidaklah dapat seseorang itu untuk menuntuk apa apa dari si penjual sekiranya barang itu roasak atau bermasalah, tapi kalau nak cuba sesuatu yang baru boleh beli.
8. Cuba sedaya upaya untuk mengelak dan tidak menghampiri mereka, kerana anda sendiri boleh mengenali personaliti mereka. (bagi mereka yang malas nak layan la, kalau suka nak layan jumpa terus mereka)
9. Banyak lagi perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada anda sekiranya mendekati mereka dan kita tak tahu musibah apa yang akan berlaku kemudian.(barangkalilah)
10. Tak kira baik buruk pun aktiviti ini bagi Barangkali pilihan ditangan anda sendiri, nak beli silakan taknak beli boleh jalan, gunakan hak pengguna anda.

Kebetulan semalam sewaktu Barangkali pulang kerja singgah la sekejap ke Sing Kwong untuk membeli barang keperluan dan terserempak dengan mereka lalu Barangkali terus mengambil iPhone 4s Barangkali yang retak di bahagian belakang sebagai modal pembuka bicara dengan mereka dan tanpa sedar mereka Barangkali sendiri telah merakam terus.
Ini iPhone 4s Barangkali yang retak/pecah yang ditunjukkan kepada si penjual dan tanpa sedar pada masa yang sama telah merakam video perbualan kami.


Saksikan Video yang berjaya dirakam Barangkali sebagai perkongsian anda.:-



Sebenarnya ada 2 video yang berjaya dirakam tetapi video yang satu lagi terDELETE hahaha.

2 comments:

  1. Perghhh best aih sedutan video ya...macam nangga rancangan 999 di tv jak! Barangkali Mazidul la....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mlm tadik sempat wartawan bongkar agak sidak kupu2 mlm.masih rancak aktiviti ya..

      Delete