Friday, 20 September 2013

Barangkali Cerpen Jiwang : Hati Rara Berbicara Part 1

Seawal pagi lagi Rara telah bersiap siap untuk pergi ke pusat bandar, itupun bila dah mulai terfikir akan hadir rasa kebosanan kalau duduk kat rumah sepanjang hari. Destinasi yang kerap dikunjungi Rara tika sunyi sudah semestinya kedai buku sebab buku bagi Rara punyai aura yang kuat dan mampu mengubah perasaan, tingkah, keperibadian diri. Maka disitu la tempatnya melenguhkan kaki membelek mentelaah buku tanpa hiraukan sekeliling, itu tika keseorangan tapi bila Rara ditemani sahabat karib peratus kusyuknya terhadap buka kurang sikit.


Maka mulalah kisah Rara disatu hari ceria itu ke destinasi biasa dituju, kali ini Rara keseorangan,tanpa ditemani rakan baiknya si Ratna dan Noorul. Rara merasakan dingin segar dalam kedai buku tak sama rasanya dingin segar di kedai kedai lain dalam pusat membeli belah ketika itu sebaik sahaja melangkah masuk kedalam kedai buku.
"buku mana yang menarik ni", tanya hati kosong membelek buku.
"ah..beli la buku ni", sambil menarik sebuah buku cerita berjudul 'Ustaz Impian Awam- UIA'.
Rara membelek wang dalam sakunya dan terus membayar di kaunter, sempat juga Rara kira kira duit lebihan untuk belikan sesuatu yang bisa membasahkan tekak. Selesai mendapatkan buku Rara terus singgah ke kedai menjual minuman segera yang berhadapan dengan kedai buku yang dikunjunginya.
Sedang tangan membelek wang dalam saku, mata terpandang kearah tangan seorang lelaki disebelahnya yang mengeluarkan wang not 50 yang sama sepertinya ingin membeli minuman.
Dan hati Rara terus berbicara...............
Bersambung

 

4 comments: