Monday, 23 September 2013

Barangkali Gajet Tambahan Watrawan Bongkar

Dulu waktu sekolah menengah Barangkali bersama rakan rakan jahat pernah curi curi intai bawah kain pelajar pempuan, tambah tambah lagi pelajar perempuan yang menggunakan pakaian seragam sekolah jenis gaun, hanya dengan cara menyematkan cermin kecil pada hujung kasut dan cuba berdiri atau duduk hampir kat pelajar bekenaan terus intai guna cermin tersebut melalui bawah kain gaun tadi. Itu cerita dulu dulu, rasanya selain dari Barangkali memang ada juga antara kalian yang pernah lakukannya. hahahahahahaha.. 

Krew Wartawan Bongkar seringkali menjalankan intipan atau mendapatkan gambar/video secara senyap senyap dengan cara tersendiri. Kini dengan adanya kaedah baru Slyphone untuk menjalankan kerja intipan akan memudahkan kerja kami. Boleh beli ni...harga sekitar USD 19 = RM 60 lebih sekeping

Siapa yang kaki skodeng ni memang boleh dapatkannya. hahahaha..










sumber asal : Slyphone

Friday, 20 September 2013

Barangkali Flute

Mencuba flute... bantai saja lagu...
 

Barangkali Cerpen Jiwang : Hati Rara Berbicara Part 1

Seawal pagi lagi Rara telah bersiap siap untuk pergi ke pusat bandar, itupun bila dah mulai terfikir akan hadir rasa kebosanan kalau duduk kat rumah sepanjang hari. Destinasi yang kerap dikunjungi Rara tika sunyi sudah semestinya kedai buku sebab buku bagi Rara punyai aura yang kuat dan mampu mengubah perasaan, tingkah, keperibadian diri. Maka disitu la tempatnya melenguhkan kaki membelek mentelaah buku tanpa hiraukan sekeliling, itu tika keseorangan tapi bila Rara ditemani sahabat karib peratus kusyuknya terhadap buka kurang sikit.


Maka mulalah kisah Rara disatu hari ceria itu ke destinasi biasa dituju, kali ini Rara keseorangan,tanpa ditemani rakan baiknya si Ratna dan Noorul. Rara merasakan dingin segar dalam kedai buku tak sama rasanya dingin segar di kedai kedai lain dalam pusat membeli belah ketika itu sebaik sahaja melangkah masuk kedalam kedai buku.
"buku mana yang menarik ni", tanya hati kosong membelek buku.
"ah..beli la buku ni", sambil menarik sebuah buku cerita berjudul 'Ustaz Impian Awam- UIA'.
Rara membelek wang dalam sakunya dan terus membayar di kaunter, sempat juga Rara kira kira duit lebihan untuk belikan sesuatu yang bisa membasahkan tekak. Selesai mendapatkan buku Rara terus singgah ke kedai menjual minuman segera yang berhadapan dengan kedai buku yang dikunjunginya.
Sedang tangan membelek wang dalam saku, mata terpandang kearah tangan seorang lelaki disebelahnya yang mengeluarkan wang not 50 yang sama sepertinya ingin membeli minuman.
Dan hati Rara terus berbicara...............
Bersambung

 

Thursday, 19 September 2013

Barangkali Berita : Keberangkatan Jemaah Haji Bintulu 2013

Seruan Haji kini kembali, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat handai tidak melepaskan peluang untuk meraikan dan menghantar Jemaah Haji ke Lapangan Terbang Bintulu. Sebagaimana yang kita tahu pengurusan jemaah haji Malaysia melalui Lembaga Tabung Haji adalah yang terbaik di dunia. Untuk tahun ini 2013, jemaah haji Malaysia yang pertama telah dihantar mulai pada 7 September yang lalu dan penerbangan terakhir dijadualkan pada minggu kedua bulan Oktober. Bagi jemaah haji Bintulu iaitu hari ini bertarikh 19 September 2013, bersamaan 13 Zulkaedah 1434, semua jemaah akan mulai berangkat menaiki pesawat yang disediakan dari Bintulu ke Kuching. Seramai 52 jemaah haji dari Bintulu untuk tahun ini dan sebahagian dari jemaah telah berada awal di Kuching dan sebahagian lagi iaitu 37 jemaah berkumpul di hadapan Bangunan Terminal Lapangan Terbang Bintulu bersama keluarga masing masing sebelum masuk ke balai berlepas. Sesi taklimat ringkas bersama jemaah di adakan di dalam Terminal Balai Berlepas bagi memberikan ruang keselesaan kepada jemaah sebelum berangkat ke Kuching.

Majlis dimulai dengan taklimat ringkas dari ketua kursus haji iaitu Tuan Haji Mohammad Su dan disusuli ucapan ringkas dari Pengurus Tabung Haji Bintulu Tuan Ashraf Samsudin, majlis juga dihadiri Temenggong Abang Suhaili yang mewakili Pegawai Residen Bahagian Bintulu dan akhir sekali bacaan doa diketuai Ustaz Khalidi.
 
Jemaah haji berangkat ke Kuching sekitar jam 1230 tengahari dan dijangka tiba di Kuching sekitar jam 0115 lebih petang. Jemaah akan bermalam di Kuching dan akan berlepas dari Kuching ke Madinah petang esok dan dijangka sampai ke Madinah sekitar 09.30 malam waktu Madinah.

Dititipkan beberapa gambar sekitar keberangkatan Jemaah Haji Bintulu.













En. Morsalin bersama En. Abang Arman dari Unit Kejuruteraan Teknikal Malaysia Airports yang turut membantu melancarkan pergerakan jemaah haji.


Penguatkuasa BDA juga membantu mengawal kelancaran operasi haji kali ini.










Petugas dari Hospital Bintulu.























Terima kasih di ucapkan kepada Lembaga Tabung Haji, Jabatan Agama Islam Bintulu, BDA, Pejabat Residen, Hospital Bintulu, MAS/Maswings, Malaysia Airports Sdn Bhd, Anggota AVSEC dan semua yang terlibat dalam melancarkan proses keberangkatan jemaah haji tahun ini. Disertakan doa buat semua jemaah haji semoga mendapat haji yang mabrur, berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa, dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali semula ketanah air selepas mengerjakan ibadah haji. Kepada bakal haji yang akan datang diharap bersabar dan insyaAllah semoga mendapat seru untuk sahutan seterusnya...Amin
 
Lirik Lagu Panggilan Haji -NUR ASIAH DJAMIL

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah
Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah