Enak lemang dibuat makan,
Enak seruling bunyinya syahdu.
Salam Aidilfitri ku pohonkan,
Buat teman yang selalu ku rindu.
Lemang dipotong dicecah kari,
Buat hidangan semua rakan.
Saya menyusun sepuluh jari,
Silap dan salah mohon dimaafkan.
Baju cantik indah berseri,
Mari pakai di pagi raya.
Gembira ria di Aidilfitri,
Tanda kemenangan selepas puasa.
Ramadhan dirai penuh kesabaran,
Aidilfitri disambut dengan kesyukuran.
Salam kemaafan ikhlas ku zahirkan,
Ikatan persahabatan terus berkekalan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari saya Marus Kamaruddin.
The best...erkk aku x pandei mok balas sbb aku x terer berpantun haha
ReplyDeleteBoleh sebenarnya..asal rima nya cun..mcm nak ngorat awek juak
ReplyDeleteDalam manis ada hempedu,
ReplyDeleteDalam kata-kata banyak maknanya,
Hati sayu Ramadhan yang kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yang bakal menjelma.
Perrrhhhhhh ......
Delete