Beberapa hari sebelum menyambut lebaran ini Barangkali telah merencanakan suatu aktiviti buat rakan rakan Barangkali khasnya buat saudara baru kita Muhammad Adwa Liew Abdullah yang dah masuk sebulan memeluk islam, aktiviti yang Barangkali maksudkan ialah Solat Sunat Aidilfitri, yang mana Barangkali telah mengajak Adwa, Fareez, Nasuki, Affendi dan rakan rakan lain yang punyai kelapangan pada awal pagi syawal itu untuk menunaikan solat subuh bersama di Masjid Assyakirin dan terus menunaikan solat sunat aidilfitri selepas itu. Sebenarnya Barangkali mengajak mereka untuk solat bersama pagi itu kerana ingin membangkitkan semangat kemenangan selepas selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan dan juga memberi pengalaman pertama buat Muhammad Adwa Liew merasai sendiri solat sunat adilfitri, dan secara peribadinya Barangkali sendiri tidak pernah lagi dalam seumur hidup menunaikan solat subuh di masjid pada pagi syawal. Ya Allah, rasa syukur dan terima kasih ku pada Mu kerana telah memberi kesempatan kepada ku menemui ramadhan tahun ini dan ku harap agar bertemu lagi ramadhan di tahun tahun seterusnya.. Amin.
Dititipkan beberapa gambar kenangan syawal pagi tadi.
Nasuki yang kejam, memaksa kami bergambar dengan nya. Siap paksa Barangkali hisap rokok vepz lagi.. Ngumpaiksss Kamoo...
Selepas solat subuh kami sempat belaqon.. Terima kasih kepada Nasuki Malim kerana kongsikan gambar ini.
Gambar kenangan bersama Muhammad Idris,rakan satu sekolah agama waktu dulu dulu, Barangkali rasa bangga kat sahabat Barangkali ni sebab beliau juga yang memimpin kami menjadi imam sewaktu solat sunat aidilfitri pagi itu.
Semoga kita bersua lagi di Ramadhan seterusnya... Selamat Hari Raya Aidilfitri.
naqel
ReplyDeleteNaqel tahap belaqon
DeleteU guys r the biiiiiieeeeeesssttt! X pernah aku buat kerja mcm ktkorg tok...mcm menarik!
ReplyDeleteSik pernah kita pernahkan..
Deletetepat sekali!
ReplyDelete