Friday 16 August 2013

Barangkali Berita : Demo Bantahan Kekejaman Kerajaan Haram Mesir

Assalammualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini Barangkali berkesempatan untuk merakam beberapa gambar dan video penuh "Demo Bantahan Kekejaman Kerajaan Haram Mesir" yang diadakan di perkarangan hadapan Masjid Assyakirin sebaik sahaja selesai mengadakan solat Jumaat.
Demo bantahan ini dianjurankan bersama oleh Dewan Pemuda Pas Sarawak, IKRAM, Aqsa Syarif dan lain lian NGO sekitar Sarawak.
Demo bantahan ini dimulai dengan ucapan dari wakli Dewan Pemuda Pas Sarawak dan seterusnya ucapan dan bacaan doa dari wakil IKRAM Ustaz Amin.
Dalam petikan ucapan dari wakil Dewan Pemuda Pas ada menyatakan mengenai beberapa garis panduan iaitu menggesa komuniti antarabangsa seperti PBB, OIC, Liga Arab untuk menyatakan pendirian yang tetap untuk  mengecam tindakan Abdul Fatah As sisi serta tentera tenteranya yang menggulingkan dan merampas kuasa dari Dr. Muhammad Morsi yang dipilih secara demokrasi adil dan bersih, menggesa agar semua rakyat antarabangsa termasuk kerajaan Malaysia bersatu menyatakan kecaman tindakan mereka,
Suasana demo bantahan ini digamatkan lagi dengan laungan takbir dan laungan kecaman terhadap Abdull Fatah.

Video penuh akan Barangkali kongsikan nanti, al-maklum la line internet lembap sikit, dan mohon kepada rakan rakan lain yang hadir dalam demo bantahan ini untuk kongsikan cerita kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir, serta boleh muat turun gambar atau video ke dalam laman sosial untuk perkongsian bersama.... Sekian

Dititipkan beberapa gambar yang Barangkali ambil tadi,









Risalah doa Qunut Nazilah yang diedarkan kepada semua semua yang hadir.

Wahh.. Rakan rakan busker juga terlibat. tahniah..








5 comments:

  1. Kacak! Nang kacak...freedom for Egypt....bersama memerangi kekejaman regime Abdul Fattah As Sisi yang tidak berperikemanusiaan...erk..kenak pics mcm kecik jak rus?

    ReplyDelete
  2. aku fokus mbak video jak tek, ya pun sik pandey nak guna.hahaha.... pssstt... amp prtable yg diguna tek mcm cun jak mun k busking.hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun perasan juak portable amp ya rus....haha bak kata Borat...very nice, how much?

      Delete
  3. nang kalah news sin chew jit poh.....astro pun kalah tok...nang pantas!!!
    rus...boleh ka saya save pic kasi post dlm fb?hahaaa

    ReplyDelete