Apa itu
Berimbau ?..
Sejenis alat muzik tradisional yang cukup terkenal di kalangan mereka yang mempelajari seni mempertahankan diri
Capoiera di Negara Brazil
.
Dah lama aku ingin buat sendiri Berimbau ni, tapi tak buat juga, Sampai lah ada satu masa lapang tu aku tengah lepak dengan sahabat aku
Hazzika, Nasuki Malim dan
Fareez yang tetiba mengingatkan semula mengenai projek aku nak buat Berimbau ni, terus lah kami memulakan operasi mencari bahan bahan untuk membuatnya.
Sebetulnya aku sudah mengetahui cara pembuatannya yang aku belajar sendiri dari Sifu Capoiera dari dalam
Youtube..heheheh. Jadi bahan bahan pun di sediakan.
|
Keluar modal sikit untuk beli sebiji kelapa yang saiz besar sikit hanya nak dapatkan tempurong, selalunya orang guna buah labu air yang telah kering. |
|
Ambil tempurong sahaja,isinya kalau nak makan boleh buat ganti kudap kudapan.hehe |
|
Dawai besi tayar. Kenapa guna dawai ni ?... Sebab ia lebih tahan lama dan sukar untuk putus, getaran bunyian dari dawai ni juga sedap. |
|
Hah..kan dah keluar dawai tu setelah sekian lama dengan sabar menghiris tepi tayar tu.. dawai tu akan diikat dari hujung ke hujung batang bambu. |
|
Batang bambu, kalau boleh ruas yang rapat dan kulit tebal, guna rotan pun boleh.. |
Sedang kami sibuk buat Berimbau ni tetiba
Bonda Hazzika lalu jenguk apa yang kami buat dan bertanya "apa yang korang buat ya''?.. Hazzika pun ceritakan secara ringkas apa itu berimbau kepada bondanya.
hehehehehehe.
|
Dah nampak bayangan nak jadi tu... |
|
Akhirnya siap,dan percubaan untuk bunyikan berimbau itu. |
|
Hazzika juga ingin mencuba... |
|
Aku pernah bawa berimbau ni masa busking |
|
Ni pulak masa buat demo sikit masa kat belakang Dewan Sri Kenyalang UPMKB. |
Masa busking kat depan Park City Mall pun ada
Sekarang yang masih tinggal hanya berimbau ni kat rumah. Tempurong kelapa tu pun dah ditukarkan kepada buah labu.
|
Gambar belaqon..tahap Blog Serius.
Aku nak minta maaf kat Adi Herman kerana sampai sekarang aku masih belum dapat menyiapkan sebatang Berimbau untuk dia atas alasan bahan yang sukar nak dapat..hehehe. Terima kasih buat Nasuki sebab ambik gambar cara aku membuat Berimbau ni, dan gambar lain aku rembat dari Facebook. |
mantap, sukar juga nak bikin alat muzik sendiri,
ReplyDeleteBila dah minat semua boleh jadi...hehe
Deletekira dah boleh paranawey la ni?
ReplyDeleteBuleh bah.. Ada video paranawe Bintulu Buskers tapi tiada guna berimbau..
Deletemaruz kaw memang boleh tahannnn..
ReplyDeleteSik tauk sampai bila boleh tahan
DeleteHaha xpa Marus nanti kita cari material utk buat Berimbau sama2...benda boleh bawak rondeng haha
ReplyDeleteCantek.....
Delete