Setelah sekian lama baca blog org,jadi tergerak hati aku nak buat blog sendiri. Dan untuk entri pertama ini ingin aku nak ceritakan sikit latar belakang aku sebelum memulakan entri2 yang lain .
Ingat muka ni,ingatlah Barangkali Marus |
Nama olok2 aku ialah Barangkali Marus.Sebab apa aku suka nama tu,barangkali nama tu sedap kot.
Aku sempat menjejak kaki ke tempat ni,gambar di ambil sewaktu aku bercuti ke sana
Aku dilahirkan di Hospital Miri pada 08 September 1984. Sebelum berhijrah ke Bintulu,aku sempat membesar di Miri,dan Batu Niah. dan aku anak kedua dari 5 orang adik beradik.
Semasa kecik aku punya angan angan yang banyak dan salah satunya aku ingin sekali jadi angkasawan. Selain itu aku juga suka bab perang perang,tembak sana sini,aksi kombat dan macam macam lagi.
aku juga pernah jadi Angkasawan negara yang ke 3,
Sewaktu aku jadi pegawai tentera Nazi dari unit Pancaragam
Selepas aku tamat belajar di MATC Penang atau nama lamanya Kolej Penerbangan Awam, aku bekerja sebagai seorang anggota AVSEC (Aviation Security) yang kini bertugas di Lapangan Terbang Bintulu. Macam biasalah kerja aku ni periksa orang,periksa bagasi..apa yang di periksa,apa yang di cari??..cari bom,barang merbahaya,senjata,...tugas tambahan lain ngorat awek2 yang nak naik pesawat,termasuk pramugari yg cun..hahahaha.. Tapi sekarang aku dah kerja dalam pejabat mengadap PC saja..
Aktiviti selepas waktu kerja aku memang banyak dan yang utama ialah aku terlibat dalam industri hiburan,tapi hiburan jalanan je lah..pemuzik jalanan/pengamen.. Dan kerana minat yang dalam terhadap persembahan jalanan ni,maka tertubuhlah 1 kumpulan yang di beri nama Bintulu Buskers.Klik Sini.
Apa yang aku minat?
Semua orang minat akan muzik,aku juga minat muzik. Banyak muzik yang aku layan, dari ke irama keroncong hinggalah ke muzik yang keras.
Aku juga boleh bermain banyak alat muzik,tetapi yang paling aku suka ialah Seruling bambu.
Sebahagian seruling yang aku ada,banyak lagi sebenarnya.
Sekarang aku tengah belajar main trompet.hahaha.
InsyaAllah dalam entri yang lain akan di ceritakan sedikit demi sedikit tentang apa yang aku minat. Rasanya aku dah malas nak taip panjang2 cukup lah sekadar hiburan jari dan mata.
Sekian... Aku Barangkali Marus Kamaruddin.
terlampau detail wooo intro hahaha
ReplyDeleteBaru sikit bro..kalau tak abis seluruh keturunan di cerita.hahah
ReplyDeleteTeringat aku masa 1st buat entri utk blog aku, mula2 memang panjang berjela2 cerita yg aku buat...last2 selepas kena sindrom Wordless Wednesday, jadi malas mau bercerita pjg2 haha anyway nang kacak entri tok rus...aku baruk tauk ada tempat nama Meros di Indon rupanya haha
ReplyDelete