Tuesday, 30 April 2013

Selamat Hari Pekerja

Barangkali nak ucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua rakyat Malaysia.
Boleh la ambil kesempatan cuti sehari ni dengan aktiviti riadah bersama keluarga,kalau cuaca kurang elok buat la aktiviti kat rumah. Boleh la mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Barangkali nak kongsi 1 cerita sikit pasal handphone ni. Barangkali adalah salah seorang pengguna iPhone, jadi mudah la nak update laman sosial atau layan benda benda kat dalam tu asalkan ada internet. Dan baru baru ni Barangkali baru saja membeli handphone baru iaitu model "9 VOX" dengan harga RM90. Yang menariknya handphone ni ada TV. Tak payah nak guna internet pun. Nampak sangat aku ketinggalan.. Ada kelebihan juga benda murah ni dari yang lain. Hahaha..

Layan Tv dari handphone lagi layan daripada tengok Tv besar. Hahaha


"Selamat Bercuti"

Sunday, 28 April 2013

Barangkali Merapu : Cermin Mata Barangkali

Semalam aku singgah sekejap kat tapak jualan murah di Pasar Lama Mukah. Cuaca yang panas semalam membuatkan aku nak beli cermin mata buat pelindung mata..

Sedang tekun mencuba pelbagai jenis cermin mata di satu gerai jualan ni,tiba tiba aku terjumpa 1 cermin mata yang dah lama aku cari, aku memang minat gila jenis yang ni. Terbaik.....

Cermin Mata ni la yang aku maksudkan

Pada siapa yang mengenali aku barangkali mereka perasan apa yang aku selalu pakai kat kepala.
Ini yang selalu aku pakai...

Topi Barangkali


 
Cermin Mata Barangkali



Saturday, 27 April 2013

Pesta Kaul Mukah 2013

Pesta Kaul Mukah untuk kali ini tak ada bezanya macam penganjuran tahun tahun sebelumnya. Apa yang pasti pengunjung tempatan mahupun luar daerah Mukah sudah pastinya akan turut datang untuk sama sama meramaikan lagi pesta yang diadakan tiap tahun ini...
Aku sempat titipkan beberapa gambar aktiviti disekitar tapak Pesta Kaul di Pantai Kala Dana Mukah.























Pada sebelah malam pula pengunjung yang datang ke tapak pesta disajikan dengan hiburan bermukun yang juga disiarkan lansung melalui radio Sarawak Fm..
Tengah seronok melayan pantun tiba tiba saja bekalan eletrik terputus..."woooooo"...suara pengunjung,dan berjaya diatasi semula selepas beberapa minit..










Memang hebat, walaupun dah berusia tapi masih ada tenaga nak menari bermukun.

"Aku rasa cukup la cerita pesta kaul malam tok,aku nak balit Dalat lok,sampai rumah tido, bisok balit Bintulu gik..

Thursday, 25 April 2013

Making Berimbau (Barangkali Boleh Jadi)

Apa itu Berimbau ?..

Sejenis alat muzik tradisional yang cukup terkenal di kalangan mereka yang mempelajari seni mempertahankan diri Capoiera di Negara Brazil.

Dah lama aku ingin buat sendiri Berimbau ni, tapi tak buat juga, Sampai lah ada satu masa lapang tu aku tengah lepak dengan sahabat aku Hazzika, Nasuki Malim dan Fareez yang tetiba mengingatkan semula mengenai projek aku nak buat Berimbau ni, terus lah kami memulakan operasi mencari bahan bahan untuk membuatnya.

Sebetulnya aku sudah mengetahui cara pembuatannya yang aku belajar sendiri dari Sifu Capoiera dari dalam Youtube..heheheh. Jadi bahan bahan pun di sediakan.


Keluar modal sikit untuk beli sebiji kelapa yang saiz besar sikit hanya nak dapatkan tempurong, selalunya orang guna buah labu air yang telah kering.


Ambil tempurong sahaja,isinya kalau nak makan boleh buat ganti kudap kudapan.hehe


Dawai besi tayar. Kenapa guna dawai ni ?... Sebab ia lebih tahan lama dan sukar untuk putus, getaran bunyian dari dawai ni juga sedap.


Hah..kan dah keluar dawai tu setelah sekian lama dengan sabar menghiris tepi tayar tu.. dawai tu akan diikat dari hujung ke hujung batang bambu.


Batang bambu, kalau boleh ruas yang rapat dan kulit tebal, guna rotan pun boleh..

Sedang kami sibuk buat Berimbau ni tetiba Bonda Hazzika lalu jenguk apa yang kami buat dan bertanya "apa yang korang buat ya''?.. Hazzika pun ceritakan secara ringkas apa itu berimbau kepada bondanya. hehehehehehe.


Dah nampak bayangan nak jadi tu...


Akhirnya siap,dan percubaan untuk bunyikan berimbau itu.


Hazzika juga ingin mencuba...


Aku pernah bawa berimbau ni masa busking



Ni pulak masa buat demo sikit masa kat  belakang Dewan Sri Kenyalang UPMKB.


Masa busking kat depan Park City Mall pun ada
 

Sekarang yang masih tinggal hanya berimbau ni kat rumah. Tempurong kelapa tu pun dah ditukarkan kepada buah labu.

 
Gambar belaqon..tahap Blog Serius.


Aku nak minta maaf kat Adi Herman kerana sampai sekarang aku masih belum dapat menyiapkan sebatang Berimbau untuk dia atas alasan bahan yang sukar nak dapat..hehehe.
 
Terima kasih buat Nasuki sebab ambik gambar cara aku membuat Berimbau ni, dan gambar lain aku rembat dari Facebook.
 

Tuesday, 23 April 2013

Aku Barangkali Marus Kamaruddin

Assalamualaikum salam sejahtera..
Setelah sekian lama baca blog org,jadi tergerak hati aku nak buat blog sendiri. Dan untuk entri pertama ini ingin aku nak ceritakan sikit latar belakang aku sebelum memulakan entri2 yang lain .

Ingat muka ni,ingatlah Barangkali Marus
Nama penuh aku kalau mengikut dalam mykad MARUS BIN KAMARUDDIN. Aku juga punya nama lain iaitu MEROS BIN KARADANG, rasanya tak ramai org tahu nama unik aku ni hanya dalam kalangan ahli keluarga aku dan sebahagian rakan karib aku kot. Nama Meros di telah di ambil dari nama satu tempat di Indonesia iaitu di Kabupaten Maros, terletak di Sulawesi Selatan, dan nama ayah aku sebenarnya ialah KARADANG BIN HJ. NOSO yang juga berasal dari Sulawesi Selatan tak jauh dari Kabupaten Maros..Nama emak aku pulak SELAMAH BINTI IMUS @ ABDULLAH yang berasal dari Kampung Telian Ulu Mukah.
Nama olok2 aku ialah Barangkali Marus.Sebab apa aku suka nama tu,barangkali nama tu sedap kot.

Aku sempat menjejak kaki ke tempat ni,gambar di ambil sewaktu aku bercuti ke sana
Aku dilahirkan di Hospital Miri pada 08 September 1984. Sebelum berhijrah ke Bintulu,aku sempat membesar di Miri,dan Batu Niah. dan aku anak kedua dari 5 orang adik beradik.

Semasa kecik aku punya angan angan yang banyak dan salah satunya aku ingin sekali jadi angkasawan. Selain itu aku juga suka bab perang perang,tembak sana sini,aksi kombat dan macam macam lagi.


aku juga pernah jadi Angkasawan negara yang ke 3,
 
 Sewaktu aku jadi pegawai tentera Nazi dari unit Pancaragam
 
Gambar diatas tu hanyalah rekaan semata dari apa yang aku minat.
 
Kita skip sikit pasal hal persekolahan dan waktu usia muda remaja,sebab terlalu panjang nak cerita.

Selepas aku tamat belajar di MATC Penang atau nama lamanya Kolej Penerbangan Awam, aku bekerja sebagai seorang anggota AVSEC (Aviation Security) yang kini bertugas di Lapangan Terbang Bintulu. Macam biasalah kerja aku ni periksa orang,periksa bagasi..apa yang di periksa,apa yang di cari??..cari bom,barang merbahaya,senjata,...tugas tambahan lain ngorat awek2 yang nak naik pesawat,termasuk pramugari yg cun..hahahaha.. Tapi sekarang aku dah kerja dalam pejabat mengadap PC saja..

Aktiviti selepas waktu kerja aku memang banyak dan yang utama ialah aku terlibat dalam industri hiburan,tapi hiburan jalanan je lah..pemuzik jalanan/pengamen.. Dan kerana minat yang dalam terhadap persembahan jalanan ni,maka tertubuhlah 1 kumpulan yang di beri nama Bintulu Buskers.Klik Sini.

Apa yang aku minat?
Semua orang minat akan muzik,aku juga minat muzik. Banyak muzik yang aku layan, dari ke irama keroncong hinggalah ke muzik yang keras.
Aku juga boleh bermain banyak alat muzik,tetapi yang paling aku suka ialah Seruling bambu.

Sebahagian seruling yang aku ada,banyak lagi sebenarnya.
Sekarang aku tengah belajar main trompet.hahaha.
InsyaAllah dalam entri yang lain akan di ceritakan sedikit demi sedikit tentang apa yang aku minat. Rasanya aku dah malas nak taip panjang2 cukup lah sekadar hiburan jari dan mata.
Sekian... Aku Barangkali Marus Kamaruddin.