Friday, 22 November 2013

Buah Dabai

Buah Dabai, sememangnya buah yang cukup terkenal di kepulauan Borneo, jadi tak hairanlah ia dijadikan hidangan tambahan untuk santapan, ada juga rakan Barangkali bagitahu yang makan nasi berlaukkan buah Dabai ni saja pun dah cukup.



Secara peribadinya Barangkali sendiri tak pandai nak makan buah ni, alasannya mudah sebab tak suka makanlah..hahaha.

Dititipkan beberapa gambar yang diambil pagi tadi di Pasar Tamu Bintulu.




Setakat ini baru permulaan musim dan harga jualan pun masih sekitar RM10 sekilo, kalau dah belambak buah ni dijual nanti memang harganya akan jatuh lebih murah, begitu juga dengan buah Durian yang sekarang dah mulai banyak dijual.

"Terjah pagi di Pasar Tamu"


Edisi Baharu Wartawan Jalanan Semeteter

Semalam Krew Wartawan Jalanan Semeteter telah meninjau zon menarik pada sebelah siang untuk  kajian seterusnya sebelum memulakan siasatan jalanan dan dapatkan perkongsian cerita edisi baharu. Nantikan kisah selanjutnya dalam Wartawan Bongkar.







Wednesday, 20 November 2013

Barangkali Clarinet

Dulu Barangkali ada membeli Clarinet dengan harga RM1***, dan sampai sekarang Barangkali masih lagi belajar main ni. Taklah hebat pun main, tapi bunyi tu keluar la juga.
 
Dititipkan beberapa gambar Clarinet jenama Stagg .... jenis dan model tu lupa pulak
 







Saturday, 9 November 2013

Barangkali Berita : Ketibaan Jemaah Haji Bintulu 2013

Dalam entri yang lalu "Keberangkatan Jemaah Haji Bintulu 2013" Klik Sini.
Barangkali telah kongsikan beberapa gambar keberangkaan jemaah dari Bintulu mengerjakan ibadah Haji dan setelah sebulan lebih mereka di sana tibalah masa untuk menanti kepulangan mereka. Seawal pagi lagi ramai waris keluarga, sanak saudara, rakan taulan menunggu ketibaan jemaah yang sampai ke Bintulu meniki pesawat Malaysia Airlines MH2290 .

Para petugas dari Tabung Haji ,Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bintulu, Hospital Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu, Ahli Jawatankuasa Kursus Haji Bahagian Bintulu, dan Pengkursus Ibadat Haji Tanahair (PEKTA) awal awal lagi telah sampai ke Lapangan Terbang Bintulu bagi membuat persiapan akhir untuk menyambut ketibaan jemaah haji.

Barangkali titpkan gambar gambar sekitar ketibaan jemaah haji dari Bintulu.

Seawal pagi lagi sudah ramai waris, ahli keluarga menunggu.

Kakitangan Tabung Haji Bintulu menyiapkan tempat untuk jemaah yang tiba.


Petugas dari Hospital Bintulu juga bersedia di tingkat atas Balai Ketibaan.






Jemaah yang tiba diambil butiran dan pemeriksaan kesihatan dilakukan.








Mengedar risalah mengenai wabak penyakit.



MERS-CoV

 










Turut hadir sama menyambut jemaah haji ialah Temenggong Suhaili.


Pengagihan Air Zam Zam









Jemaah bersama keluarga diperkarangan Terminal Lapangan Terbang.








 
 Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam melancarkan ketibaan jemaah haji Bintulu.

Anggota Penguatkuasa Lembaga Kemajuan Bintulu.

 
Kakitangan teknikal Lapangan Terbang Bintulu.

Anggota AVSEC dan AFRS Lapangan Terbang Bintulu.

Anggota PDRM yang mengawal lalulintas Lapangan Terbang Bintulu.
Semoga beroleh haji yang mabrur. Sekian...

Wartawan Jalanan Semeteter : Barangkali Marus Kamaruddin.