Isu ini selalu dibangkitkan dalam laman sosial yang berkaitan dengan Bintulu, sebagai contoh fb group Aduan Rakyat Bintulu, Bintulu News, Bintulu Info, dan banyak lagi..tak kurang juga isu ini sering di parodykan oleh jentera Aduan Rakyat Bintulu Parody.
Hari ini Barangkali bercuti dan pada petang tadi berkesempatan melalui jalan Tg Kidurong dengan menggunakan motosikal White Busker, kelihatan jalan sesak dari hadapan Kolej Teknik Bintulu hingga ke bulatan Tg Kidurong. Tambah malang lagi hari ini sebuah jentera Bomba yang dalam kecemasan terpaksa meredah jalan ini, bila siren dibunyikan semua kenderaan yg sesak tadi terpaksa lah memberi laluan untuk jentera Bomba ni nak lalu di jalan tengah dan malang juga buat kenderaan yang bagi laluan tadi tersangkut pulak kat tepi jalan bila tayar "Lap" sebab terlalu ketepi rumput. Ada juga kenderaan yang mengambil kesempatan mudah memotong Q dengan mengikut buntut jentera Bomba yang lalu dalam kecemasan tadi, yang pasti semua pemandu naik berang hari ni.
Jadi bagaimana pihak berwajib menyelesaikan masalah ini ?. Sama sama kita tunggu dan sementara menunggu penyelesaian sila sila hantarkan komentar pada laman sosial yang berkaitan.
sedih aku mengenangkan masalah tok
ReplyDelete