Saturday, 6 September 2014

Barangkali Dan Maju Sarawak Run (SedihTM)


Semalam Barangkali berkesempatan datang tengok sidak belari dlm acara "Maju S'wak Run" yang disertai pelbagai kaum, memang sangat menarik, walaupun Barangkali bukan seorg peserta tapi Barangkali hanya peserta ngumpaiks yang sik diundang ikut larian dengan papan luncur jak sambil ambik gambar dan video, hahaha.


Sebelum permulaan larian setiap peserta diberi bendera Kecil Sarawak dan Malaysia untuk dibawa lari bersama, Barangkali pun cuba mintak juak bendera ya tapi sik diberik sidak tukang ngedar ya kata "utk org lari saja", Barangkali hormati la kata sidak. Selesai jak larian ya bok la Barangkali dapat bendera kecik ya, ya pun nok dikutip atas lantai terbiar, banyak juak bendera terbiar ditinjak cam ya jak tanpa dikutip, mungkin semua letih meraikan tamatnya larian sidak. sedihTM


Apapun tahniah kepada penganjur yang polah acara tok, dan terima kasih juak kepada CM yang datang ke Bintulu untul merasmikan Pesta Tanlung dan melepaskan larian malam tadi. Semua peserta dapat medal. Semoga akan ada aktiviti cam tok di Bintulu gik klak dan tanamlah dalam hati cintakan bendera..


- Wartawan Murad dari Ngumpaiks TV


Dititipkan beberapa gambar malam tadik








Thursday, 4 September 2014

Barangkali Viral

Kinek tok tengah panas cerita nok disebar secara copy paste kat Whatsaap, WeChat dan laman sosial lain pasal penemuan pesawat mh370.
Krew Ngumpaiks TV mengesahkan tok cerita bulak.
Cerita tok dah lama tersebar dolok tapi ditimbul balit, memang ngumpaiks tahap gaban la mun ada nok cayak.
Apa pun, sama samalah kita berdoa untuk ditemukan pesawat mh370 yang sampey kinek menjadi misteri

Dititipkan berita nok jadi viral kat laman sosial dibawah
"MH 370 dah dijumpai di kawasan Pulau Perak.Semua mati..Pukul 11 member saya akan confirmkan sekali lagi.Skrg semua aset TLDM digerakkan ke sana..          Al Fatihah...          MH 370 disyaki di hijack berpatah balik menujuk ke Phuket terhempas di Tukun Perak diantara perairan langkawi dan lautan andaman selatan Thailand. Maklumat masih di rahsiakan utk pasukan keselamatan saja          Ikut member saya TLDM melalui sonar jumpa bangkai kapalterbang dan cebisan pesawat.Dia org juga nampak ada mayat pakai life jaket terperangkap dlm pesawat...          Belum dapat disahkan...pukul 6 pagi tadi semua kapal laut dan kapal terbang dikerahkan ke sana..          Dia org jumpa pukul 6.50 ptg semalam..Lepas tu cuaca gelap.Malam tadi dia org terbang semula kawasan tu tapi cuaca gelap...Pukul 6 pagi tadi semua kapal terbang dan kapal dikerahkan ke tempat tersebut...          Bila TUDM plot balik tpt tsbt, kawasan tu dlm perairan Indon.Antara Tukun Perak dgn Acheh...          Insyallah kalau betul hari ni kita akan dpt tahu sesuatu yg positif...          Wallahualam...          copy paste dr group w/up ATM&PDRM.          Baru 5 minit tadi astro awani kata akan menghentikan semua rancangan berbentuk hiburan bagi menghormati insiden ni...          99% ketepatan berita ini          Adalah benar          #MH370          #PrayForMH370 MH 370          Copy paste untuk makluman ..
Sik tau betul ka tidak..moga dipermudahkan semua urusan, amin"

"Pastikan anda mendapat berita yang sahih hanya di Ngumpaiks TV" 

Barangkali Kembali

Setelah lamak sik nulis blog atas sebab sebab tertentu dan kinek tok Barangkali kembali semula, ya pun belum panas seperti sebelum tok la. InsyaAllah akan dikongsikan lagi cerita hiburan merepek dari group terbaru iaitu Ngumpaiks Group.

Tuesday, 14 January 2014

Barangkali Selesai Berarak

Salam Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014.
Hari ini Barangkali berkesempatan mengikuti perarakan Maulidur Rasul di Esplanade Bintulu, hujan yang mulai turun seawal pagi tadi tidak melunturkan semangat mereka yang hadir dengan membawa sepandok mewakili Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Surau, Kampung dan banyak lagi, yang pasti bermacam ragam warna pakaian dan payung yang dapat kita lihat.



Entri kali ini Barangkali tidak berkesempatan untuk membuat liputan menyeluruh sepanjang program berlangsung, cukuplah sekadar kongsikan beberapa gambar ragam mereka yang mengangkat sepandok untuk balik.




Yang ni siap angkat guna tren.. Perrrhhh 

Sekian.

Monday, 13 January 2014

Barangkali Jalan Tg. Kidurong


Sememangnya warga Bintulu dah masak dengan keadaan lalulintas yang sesak sepanjang jalan Tanjung Kidurong tambah lagi bila waktu kemuncak awal pagi dan petang.
Isu ini selalu dibangkitkan dalam laman sosial yang berkaitan dengan Bintulu, sebagai contoh fb group Aduan Rakyat Bintulu, Bintulu News, Bintulu Info, dan banyak lagi..tak kurang juga isu ini sering di parodykan oleh jentera Aduan Rakyat Bintulu Parody.
Hari ini Barangkali bercuti dan pada petang tadi berkesempatan melalui jalan Tg Kidurong dengan menggunakan motosikal White Busker, kelihatan jalan sesak dari hadapan Kolej Teknik Bintulu hingga ke bulatan Tg Kidurong. Tambah malang lagi hari ini sebuah jentera Bomba yang dalam kecemasan terpaksa meredah jalan ini, bila siren dibunyikan semua kenderaan yg sesak tadi terpaksa lah memberi laluan untuk jentera Bomba ni nak lalu di jalan tengah dan malang juga buat kenderaan yang bagi laluan tadi tersangkut pulak kat tepi jalan bila tayar "Lap" sebab terlalu ketepi rumput. Ada juga kenderaan yang mengambil kesempatan mudah memotong Q dengan mengikut buntut jentera Bomba yang lalu dalam kecemasan tadi, yang pasti semua pemandu naik berang hari ni.

Jadi bagaimana pihak berwajib menyelesaikan masalah ini ?. Sama sama kita tunggu dan sementara menunggu penyelesaian sila sila hantarkan komentar pada laman sosial yang berkaitan. 

Friday, 3 January 2014

Barangkali Penny Board

Tahun 2014 ini ada satu aktiviti menarik yang telah mencuit hati Barangkali untuk mencuba iaitu Penny Board, Sebuah papan luncur seperti Skateboard tetapi saiznya agak kecil dan lincah meluncur menuruni bukit atau jalan rata.
Sebenarnya Barangkali telah tertarik dengan Penny Board ni pada bulan lepas selepas melihat rakan Barangkali iaitu Affendy yang main benda ni sewaktu busking di Waterfront, tetap belum punya kekuatan untuk membelinya. Setelah melihat Bro Adi Herman telah membelinya juga maka Barangkali pun terasa ingin mendapatkannya. Atas alasan telah diracun oleh Affendy dan Adi Herman maka Barangkali telah berjaya membelinya.
Pada mulanya Affendi telah mengusulkan Barangkali untuk membeli Penny Board bersaiz kecil dengan harga bak katanya "ko bagi jak aku seratus, klak ada lebihnya", maka Barangkali berilah RM100 kat Affendy untuk membelinya, tetapi agak kechewa pada petang pertemuan kami untuk menguji board tersebut Affendy telah memaklumkan bahawa board yang berharga RM100 tu dah habis, yang tinggal hanya board yang bersaiz besar sedikit yang sama seperti board milik Adi Herman, jadi petang tu belumlah Barangkali merasa Penny Board baru dan hanya sempat mencuba Penny Board milik Affendi dan Adi Herman sahaja.
Oleh kerana board bersaiz besar milik Adi Herman itu nampak serasi, maka pada sebelah malam itu juga Barangkali terus mengajak mem besar Siti Sarah untuk membelinya tapi kena tambah RM59 lagi la.
"tak pa lah janji boleh buat luncur".

Datang ke Waterfront menanti dengan sabar Affendy membawa Penny Board baru untuk Barangkali. Sementara menunggu Affendy, Barangkali dan Sarah pergi Jalan jalan dulu ke hujung Waterfront, siap Sarah ajak lari yang kononnya dia hebat lari 200 meter. Lain lain gambar ada kat hp Sarah.
Agak dukacita bila wang diserah kembali sebab Penny Board dah abih....emmmm


kita testing saja board diorang berdua.


Ni board Adi Herman yang Barangkali rasa ada serasi sikit.
Gambar yang diambil oleh uncle Lee Ka Sim.


Akhirnya Barangkali miliki Penny Board sendiri. Terima kasih Affendy, Adi Herman dan cintaku Sarah.hekhek


Tuesday, 17 December 2013

Barangkali Origami

Dulu masa sekolah Barangkali memang layan Origami ni, lepas tu lama dah tak buat sebab Barangkali menanggap buat origami ni hanya mengisi ruang kosong bila duduk dimeja dalam kelas, koyak helaian belakang atau tengah buku latihan, lipat lipat terus jadi.

Origami merupakan seni lipatan kertas yang terkenal di Negara Jepun, ada juga mereka yang membuat origami ni sebagai pengganti bicara iaitu luahan melalui hasil lipatan kertas. Kalau nak tahu lagi lanjut mengenai origami ni macam biasa bolehlah cari kat Wikipedia.haha

Selepas pergi ke Japanese Film Festival 2013 di UPM tempoh hari aura nak buat origami ni kembali, dan origami yang paling gemar Barangkali buat ialah burung. Dulu siap ada buku lagi cara-cara buat pelbagai origami dan kali ini Barangkali nak cuba buat Dragon Snake

Dititipkan gambar lipatan origami Dragon Snake yang Barangkali cuba buat













Kalau nak cuba boleh juga layan video youtube dibawah