Thursday, 16 May 2013

Barangkali Puisi : Selamat Hari Guru.

Bangun.!! SE LA MAT PA GI CIK GUU...teringat aku jadi ketua kelas masa sekolah menengah dulu.

Bila dikenang kembali zaman persekolahan lalu memang banyak kenangan pahit dan manis yang tak dapat dilupakan dan sempena dengan sambutan hari guru ini Barangkali nak ambil kesempatan dalam entri kali ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia dan guru yang pernah mendidik Barangkali samada di pendidikan awal Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah atau guru yang mengajarkan saya apa-apa ilmu yang berguna, semoga usaha murni guru diberkati Allah S.W.T didunia dan akhirat.
InsyaAllah dengan apa yang guru ajar dan bekalkan itu akan Barangkali gunakan kearah jalan kebaikan.

Lagu sekolah Barangkali dulu... Gambar di rembat dari Facebook OKMS

Gambar kelas Barangkali tahun 4 ..rembat dari Facebook OKMS juga


Guru Dan Lagu

Meredah hutan mencari bambu
Bambu terbaik kau jadikan seruling
Seruling hebat kau ciptakan lagu
Lagu terindah yang tak akan jemu 
syahdu mengingatkan aku
akan gerak tari jari mengalun lagu

Samalah guru seperti lagu
Yang terbit dari alunan itu
Mengingatkan ku akan rentak ajar mu
Membawa aku membuka mata
Mengenal Tuhan mengenal agama
Menyapa leka 
bersiap siaga
Buat bekalan sampai hujung waktu
Buat pelapis menyambung lagu

Guru..
Sayang buat mu setiap waktu
Tak kering bibir memanjatkan doa buat guru
Sama seperti kedua orang tua ku
Moga terbalas segala bakti
Dari anak bangsa yang mengenal lagu
Alunan kasih dari mu guru.

Barangkali Marus Kamaruddin

10 comments:

  1. Gambar kita dalam sigek kelas..tapi apa2 pun selamat hari guru la,rus ada blog lain yg aku tunggu kinek tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena sabar rol...mun ko boleh salurkan sedikit bahan berita utk aku ok juak.

      Delete
  2. Terit jak zamrol selamat hari guru. Maka nya antara paling gaok masa sekolah dolok sebaris dgn nama legend legend seperti salleh dan kano. Hahahha

    ReplyDelete
  3. Terbaik bro, sori bro x sempat saya polah entri blog pasal hari guru tok haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hal..hahaha..aku rasa nak rehat lok.hari2 ngeluar entri dari aku mula hari ya.

      Delete
    2. Dolok aku pun deras juak tapi dah masuk tahun kedua berblogging tok, aku cuma mampu buat 3 @ 4 entri seminggu jak hahaha ya pun di schedule kan haha

      Delete
    3. Biasa la ya. Awal2 tok memang bnyk idea.dah lamak alu sikda

      Delete
  4. puisi bakal dirembat polah lagu >:)

    ReplyDelete