Wednesday, 22 May 2013

Barangkali Retaknya Sang Penghibur

Kalau manusia pandai merajuk, alat muzik pun pandai juga..

Retaknya hati sang penghibur bila alat muzik kesayanganya retak barangkali akibat terjatuh/terhentak tanpa sedar selama ia terbiar tanpa disentuh tanpa dimain atau diajak ke sesi busking mingguan. Barangkali terfikir juga mungkin kerana Barangkali jarang bermain gitar dan lebih tumpu kepada alat muzik lain semenjak dua menjak ni dan tanpa sedar gitar kesayangan Barangkali 12 String Tanglewood Indiana Series TW28  telah retak patah di bahagian neck. Gitar ni memang gitar yang Barangkali minat dan ingin miliki dari zaman sekolah lagi kerana 12 talinya itu mampu mengeluarkan bunyi kelainan dari gitar yang biasa 6 tali. Dengan hasil titik peluh Barangkali berjaya memilikinya pada awal tahun 2009 yang mana ketika itu mula-mula menemui gitar ini di kedai Zoso Music Miri. kebetulan ketika itu Barangkali sering ke Miri, hinggakan sanggup meminta bantuan Boy "Drummer Majestica" untuk membawa gitar tersebut dari Zoso Music Miri dan menjualkannya dengan Barangkali di Zoso Music Bintulu.

Semalam, selepas Barangkali balik dari kerja, tetiba rasa nak main gitar 12 string ni. Alangkah terkejutnya melihat keadaan gitar ini yang dah retak, itu pun perasan waktu nak tunning gitar tu. Dunia bagai Suram kembali melihat kesan retak yang tak mampu Barangkali nak ceritakan.
 
Barangkali dan Gitar Akustik 12 String Tanglewood Indiana Series TW28. Gambar kat pintu masuk Parkcity Mall.


Kesemua tali dibuka untuk dirawat

Kesan retak yang Perrhhhhh... Boleh terguris hati ni dibuatnya

Duit syiling 5sen masih boleh selit kat ruang retak tu

*^%^@$#&^$(!^#($*%$)*(&@%$*)&@)(&$@
Buka tali dengan hati sedih.

Kenangan Farezz Hamzah bersama Gitar ku

Paling Jauh aku bawa gitar ni waktu busking di Sabah
kenangan bersama Otttaaakkkk....
Busking di Waterfront Bintulu
Mengikut firasat Barangkali, gitar ni memang masih dapat berfungsi walaupun terpaksa di tambah penahan pada tempat retak, sebabnya sebelum Barangkali buka kesemua tali ni sempat Barangkali petik sikit kat gitar tu dan bunyi pun masih ok, cuma nak mengurangkan bebanan pada neck tu Barangkali buka kesemua talinya. Umpama tulang patah boleh letak besi, gitar retak boleh tampal juga kot.....Barangkali lah....
Bukan mengharap simpati dari rakan-rakan, cuma inginkan pendapat atau apa-apa cadangan yang bernas untuk membaik pulih gitar ni...Sayang ooohh.
Kalau ada kesempatan aku nak bawa gitar ni jumpa doktor Boy untuk minta bantuan padanya, manalah tahu dapat membantu.

Pesananku wahai si mambang, Jangan abaikan sesuatu yang kita sayangi bila bersama yang baru.

Barangkali Marus Kamaruddin
Tukang tapis : Lee Checker

4 comments:

  1. Nang cukup retak hati pemusik yg retak gitarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakan daya dah nasib badan..mun aku pencen main muzik mcm ndak ka?

      Delete
  2. tegangan tali 12-string mmg kuat (brapa ratus pound?), mmg membebankan ketahanan neck. jd klu xmain @ disimpan dlm jangka masa yg lama disarankan supaya melonggarkan tali2 yg ada...

    atau klu slalu main juga disarankan supaya tune down full step (@ D-tuning) supaya tegangan tali xberterusan membebankan neck gitar, drp D-tuning td sila gunakan capo pd fret ke-2 klu nak main standard tuning

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya jika ada gitar rosak, sila bawakan kpd mekanik Ijau D Koceng!

    ReplyDelete