Majlis dimulai dengan taklimat ringkas dari ketua kursus haji iaitu Tuan Haji Mohammad Su dan disusuli ucapan ringkas dari Pengurus Tabung Haji Bintulu Tuan Ashraf Samsudin, majlis juga dihadiri Temenggong Abang Suhaili yang mewakili Pegawai Residen Bahagian Bintulu dan akhir sekali bacaan doa diketuai Ustaz Khalidi.
Jemaah haji berangkat ke Kuching sekitar jam 1230 tengahari dan dijangka tiba di Kuching sekitar jam 0115 lebih petang. Jemaah akan bermalam di Kuching dan akan berlepas dari Kuching ke Madinah petang esok dan dijangka sampai ke Madinah sekitar 09.30 malam waktu Madinah.
Dititipkan beberapa gambar sekitar keberangkatan Jemaah Haji Bintulu.
En. Morsalin bersama En. Abang Arman dari Unit Kejuruteraan Teknikal Malaysia Airports yang turut membantu melancarkan pergerakan jemaah haji. |
Terima kasih di ucapkan kepada Lembaga Tabung Haji, Jabatan Agama Islam Bintulu, BDA, Pejabat Residen, Hospital Bintulu, MAS/Maswings, Malaysia Airports Sdn Bhd, Anggota AVSEC dan semua yang terlibat dalam melancarkan proses keberangkatan jemaah haji tahun ini. Disertakan doa buat semua jemaah haji semoga mendapat haji yang mabrur, berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa, dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali semula ketanah air selepas mengerjakan ibadah haji. Kepada bakal haji yang akan datang diharap bersabar dan insyaAllah semoga mendapat seru untuk sahutan seterusnya...Amin
Lirik Lagu Panggilan Haji -NUR ASIAH DJAMIL
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Sembahyang berjamaah
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah
Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "
Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih
Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)
Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah
Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "
Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih
Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)
Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah
Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)
Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )
Ya sofwatAllah....
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)
Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )
Ya sofwatAllah....
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Ada juak muka Arman Shamanic Rites di siya....hahha...mudah2an kita semua dpt pergi haji satu hari klak...amin
ReplyDeleteya muka nak menunggu seru juak..hahaha
ReplyDelete