Dalam entri yang lalu KLIK SINI Barangkali yang lalu ada kongsikan kaedah mudah, murah dan terdesak untuk menggantikan kulit BONGGO yang rosak, dan baru baru ini seorang rakan Barangkali dan juga merupakan seorang blogger iaitu bro Adi Herman telah berminat untuk mendapatkan khidmat Barangkali menggantikan kulit bonggo beliau.
Dalam satu pertemuan sesi busking Adi herman telah menyerahkan bonggo beliau yang dah koyak kulitnya dan ternyata bonggo beliau ni lama sangat tersimpan sampai dah banyak sawang, sarang labah labah lekat kat bonggo tu.
Bonggo LP Aspire. Sememangnya Latin Percussion ni memang banyak mengeluarkan pelbagai jenis alat muzik percussion yang menarik. Barangkali rasanya pernah gunakan bonggo ini sewaktu persembahan Bintulu buskers satu ketika dulu.
Inilah kepingan x-ray terpakai yang diberikan sekali oleh Adi Herman untuk menukar kulit bonggo beliau tapi kepingan x-ray yang beliau beri ni tak cukup besar untuk digunakan. Barangkali macam tahulah mana Adi Herman dapat kepingan X-ray ni, kalau tak percaya boleh - KLIK SINI Hahahaha..
Yang ni baru cukup, kepingan x-ray simpanan Barangkali juga yang cukup untuk digunakan.
Gambar dibawah ialah Bonggo Barangkali yang sudah diganti kulitnya. Bunyi yang dihasilkan dari dari kepingan x-ray ini memang agak lain sikit dari bunyi asal, janji ada bunyi cukup laaaaa..
Nantikan sambungan entri ini setelah bonggo Adi Herman ni siap diganti, Barangkali belum punya kesempatan waktu untuk menggantikannya kerana sibuk dengan urusan tugas lain..
Sekian.