Salam Sabtu buat pembaca blog
Barangkali Marus. Dua tiga hari ini
Barangkali agak sibuk sedikit dengan tugas di pejabat selepas balik dari cuti panjang
Gawai Dayak tempoh hari.
Untuk entri kali ini
Barangkali nak kongsikan sedikit bahagian dalam cerita
Barangkali Seleasai Journey iaitu mengenai
Buku Jalanan Seremban.
Sebelum itu suka
Barangkali nak kabarkan kepada pembaca bahawa
Buku Jalanan Bintulu akan mulai dibuka pada hari
Ahad ini 16 Jun 2013 jam 4.30 petang bertempat di
Waterfront Bintulu. Apa yang ada kat
Buku Jalanan Bintulu ?. kalau nak tahu sila-silalah datang dan jenguk sendiri.
Pada 08 Jun 2013 (Sabtu) yang lepas
Barangkali dari
Buku Jalanan Bintulu sempat menemui rakan-rakan dari
Buku Jalanan Seremban
(Buku Jalanan Soghomban) dan bersama mereka dalam program yang telah direncanakan bertempat di
Lake Garden Seremban. Kebetulan ketika itu mereka mengadakan program
Buku Jalanan Soghomban Santai Bersama Marjinal.
Marjinal ni adalah sebuah band
PUNK yang berpengaruh juga di
Indonesia. Secara peribadinya
Barangkali tak berapa nak minat sangat dengan muzik aliran
PUNK ni tapi atas dasar setia kawan Buku Jalanan
Barangkali tolak ketepi soal minat tak minat. Dikesempatan itu juga
Barangkali gunakan peluang untuk mengenali rakan-rakan dari Buku Jalanan Sekitar tempat di Semenanjung yang turut sama hadir sekali.
Barangkali titipkan gambar sikit buat tatapan pembaca.
|
Sebagaimana yang diceritakan Barangkali datang ke seremban naik Train KTM. |
|
Sebagai tanda kenangan bersama Buku Jalanan Soghomban |
|
sekitar jam 4.30 Barangkali tiba di Lake Garden Seremban. Pada mulanya Barangkali memang tak tahu pun lokasi tasik ni, setelah rakan BJS menjemput Barangkali di stesen KTM dan bawa ke lokasi rupanya tak jauh, jalan kaki pun sampai. |
|
Lake garden Seremban, tempat ni memang menarik untuk riadah bersama keluarga. |
|
Angkat semua buku-buku |
|
Sebahagian rakan-rakan BJS yang datang awal. |
|
Lupa pulak nama dua orang ni, nanti Barangkali cari kat Facebook.hahaha |
|
Cuaca ketika itu mulai hujan renyai-renyai. |
|
Kami pun berpindah di astaka. |
|
sebelum hujan lebat cepat-cepat angkat barang. |
|
Susun buku dulu. |
|
Hujan oh hujan..... pemandangan dari astaka. |
|
Deklamasi sajak oleh saudara Bob. |
|
Pada masa ini En.Am bersama En.Wan mempromosikan jenama pakaian dengan label sendiri iaitu JOBHO dan UNDERBOSS. |
|
Kerja tangan dari rakan BJ lain. |
|
Memandangkan senja makin menjelma dan lokasi tersebut berhampiran Masjid sekali lagi mereka berpindah ke lokasi lain iaitu di Bangunan Bazaar, Barangkali pun tak tahu kat mana tempat tu yang pasti berada di pekan Seremban juga, Barangkali tumpang ikut kereta diorang saja. Geng-geng Marjinal pun lambat sampai..emmmm |
|
Kemuncak program di Bangunan Bazaar Seni persembahan dari Marjinal, ni gambar Barangkali ambik dari fb rakan BJ, masa ni Barangkali dah balik sebab ingin meneruskan rencana sebenar ke Seremban iaitu menemui rakan-rakan Seruling Malaysia. |
"Menyelam sambil minum air. kalau air masin buat apa nak minum."
nang kacak! dah dpt aku bayangkan mun buat aktiviti tok di bintulu klak
ReplyDeleteKalau disinun bnyk di sokong oleh studen2,mun di btu tok aku sik tauk la am ney,yg penting BJB jalan jak.
ReplyDeleteKalau disinun bnyk di sokong oleh studen2,mun di btu tok aku sik tauk la am ney,yg penting BJB jalan jak.
ReplyDelete