Bab 1 :Pengaruh Studio Sewa terhadap Sesebuah Band.
Sebagaimana semua band sedia maklum bahawa studio adalah ruangan khas untuk pemuzik yang didalamnya sudah disediakan segala peralatan muzik dan tinggal nak main atau setting sound sendiri saja lagi. Selain itu studio diumpamakan nadi bagi sesebuah band yang nak menguji bakat,mencuba hasil lagu atau persembahan sebelum wujud keberanian untuk persembahkannya kepada khalayak ramai "bukan persembahkan kat rakan sendiri". Lain pula sekiranya band sudah memiliki studio dan peralatan sendiri itu boleh dianggap bonus la kat diorang.
Aku rasa sudah pasti ramai yang dah tonton filem terbaru Mamat Khalid iaitu "Rock Oo". Contoh terbaik untuk mengimbas kembali cerita band pada masa tu. Kalau kat Bintulu sekitar lewat 90an dan masuk ke Alaf Baru, studio sewa hanya satu sahaja ketika itu, ditambah pulak pengaruh muzik ketika itu hanya jenis jenis tertentu sahaja yang kebanyakan seangkatan denagan band lain.
Bila mana band dan pengaruh muziknya selari bercambah juga permintaan atas keperluan studio sewa meningkat maka wujud la studio studio baru di sekitar Bintulu. Ini telah membawa kebangkitan scene muzik yang menarik.. Nama nama studio yang aku ingat pernah wujud mengikut rentasan waktu dulu hingga sekarang ialah - Delima Studio, Aveo Studio, Zoso Studio.Zoso Studio Sg.Plan, Bara Studio, Amazika Studio, REG Studio, Z Studio, 36 Studio...."barangkali ada lagi beberapa nama yang tercicir rasanya,boleh di perbetulkan kat kedai kopi".hehehe..
iklan formula merepek barangkali - Renung renungkan lah
A = Studio
B = Pengaruh Muzik
C = Band
D = Gig
? = Kekuatan Scene Muzik Bintulu
A + B = C , C = ?
D
Bab 2 : Gig, Platform Atau Lain Lain Bantuan Kepada Sesebuah Band.
Sejauh mana sesebuah band itu akan pergi bergantung pada kemahuan mereka sendiri. Bagi band yang anggotanya terdiri dari mereka yang sudah bekerjaya adalah mudah untuk menguruskan perjalanan band dengan bantuan dana sendiri, adapun masalah lain hanya aktiviti band bertindih dengan waktu kerja ataupun urusan keluarga. Bagi anak muda yang masih bersekolah dan punyai bakat yang sebaris dengan band lain itu memang cukup membanggakan bagi aku cuma kalau boleh jangan sampai abaikan pelajaran lah..
Pentas Gig sudah pastinya akan memberi ruang buat band band dikenali, itu pun bergantung pada pengaruh band dengan penonton,yang pastinya di Bintulu kebanyakan penontonnya adalah dari kalangan rakan band yang lain juga. Aku boleh katakan ini konsep "Band sama band layan sama layan", tak la semua, ada la juga penonton luar.. Itu semua berlaku pabila Gig di buat secara tertutup.
Radio tempatan juga boleh membantu band, terpulang kepada band nak majukan hasil bakat mereka dengan cara sendiri. Banyak lagi cara nak mengangkat band band ni.
Laman sosial sudah pastinya alternatif mudah untuk mempromosikan band. Selain itu peranan bloger bloger juga tidak di lupakan. Mana taknya, setiap selesai satu satu gig yang dianjurkan diorang la yang selalunya akan melaporkan berita dari mula hingga akhir gig tanpa tapisan lagi tu. hahahaha.
Secara peribadi aku lebih suka gunakan pentas jalanan Busking untuk platform, sebab tu lah aku tubuhkan Bintulu Buskers. Nak tunggu Gig di anjurkan dalam setahun boleh aku kira guna jari, tetapi kalau buat busking tiap tiap hujung minggu boleh buat.
Untuk cerita selanjutnya, ikuti sambungan "Apa Cerita Muzik Bintulu? Barangkali Cerita Sikit... 2"
Aku nak kongsikan gambar kenangan aku bersama rakan rakan sewaktu Gig2007 yang dianjurkan oleh zoso studio kalau tak silap aku. Waktu ini tumbuh nya Studio studio di Bintulu umpama cendawan...Barangkali lah...
The Ratio... Band aku dulu. |
Geng terawal Bintulu Buskers.. |
Barangkali Hazzika |
Adi Barangkali |
Yang rendah sebelah kanan aku tu Bro Amot atau nama lainnya Maya Maxsica, Dia ni seorang drummer. |
Roland rambut panjang, Borhan rambut pendek |
Gig 2005 |
ada apa dgn barangkali?
ReplyDeletePerghhh ada pics gig tahun 2005, masa ya Tresno guna nama The Fairland Gish, x lamak lepas ya tukar ke Tresno atas sebab mudah utk disebut orang haha...ada masa klak aku akan buat entri pasal era 2004 - 2007, tahun2 yg menyaksikan gig2 sering dibuat di Bintulu, dlm setahun ada byk gig dianjurkan oleh beberapa pihak. The Ratio, Busseg, Buxnid, Sub.Urban, Headshock 24/7, Now@day, Bad Lover, Amon Ra n mcm2 lagik band masa itu mula aktif di pentas2 gig...aku pun masih simpan beberapa vcd live gig masa itu...
ReplyDeleteSori ayat aku tonggang langgang..
ReplyDelete