Edisi Barangkali Bongkar sebelum ini pernah kongsikan kepada pembaca mengenai isu Kupu-Kupu Malam dan kali ini Wartawan Jalanan Semeteter akan kongsikan satu lagi cerita iaitu penjualan "Batu" syabu yang juga telah sekian lama aktif disekitar bandar Bintulu.
Sebelum itu ucapan tahniah diberikan kepada PDRM yang kini sedang giat menjalankan Ops Cantas di seluruh negara, sememangnya ramai gengster dan kumpulan kongsi gelap yang kecut sekarang, dan ada juga mereka yang berada diluar sana yang masih berlagak hebat dan berkuasa sebab belum kena cekup lagi..
Berbalik semula isu kali ini, sememangnya ramai yang dah mengetahui aktiviti ini, apa tidaknya, mereka menjualnya secara terang terangan. Tak perlu dengan pendedahan video pun rasanya anda sendiri boleh mendapat pengalaman secara LIVE, caranya mudah, hanya cukup anda memakirkan kenderaan dibahu jalan dan jenguk jenguk sekeliling, sudah pasti si penjual ini sudah bersedia memerhatikan tingkah anda dan akan memberi isyarat "angkat bulu kening", kadang kadang anda berjalan kaki seorang diri dilaluan penjual sambil melihat mereka yang berdiri ditepi kaki lima pun boleh mendapat isyarat dari mereka, asalkan muka anda nampak macam muka budak jahat atau yang pernah didengar kami orang Bintulu kata "jabai pak saoq" entah betul ka tidak sebutan ejaan tu. hahahaha. yang pasti penduduk tempatan di Bintulu ni memang dah ramai yang tahu gelagat dan mengenali wajah mereka ni malah lebih tahu dari rakan rakan wartawan jalanan semeteter.
Isu ini sering panas dalam facebook, tambah tambah lagi dalam fb Aduan Rakyat, sampaikan gaduh sesama sendiri membincangkan isu ini, ada juga yang sampai post dan komen nya di delete bagi mengelakkan kemarahan dan permusuhan berlaku, padahal sesama mereka memang punyai kemaharan yang sama mengenai ketidak puasan isu ini, itu belum lagi sampai tahap kena remove dari group. Yang pasti setiap kali isu ini dibincangkan dalam laman sosail memang ada saja yang kena maki hamun, tak terlepas juga yang kata pihak berkuasa tak buat kerja, tutup mata dan lain lain tomahan dilemparkan, biasalah tu komen peribadi tiada siapa yang nak halang jari menaip keyboard.
Sebelum ini kami pernah menyimpan 1 video individu yang terlibat membeli najis dadah ini seawal pembongkaran kupu kupu malam bulan yang lalu, nasib baik video itu terdelete, lagipun malas nak dedahkan aib orang.
Untuk bahagian pertama ini kami akan kongsikan gambar dari sedutan video individu yang menjual "BATU" ini. Kalau nak tengok video tu tunggu kami dapatkan rakaman yang terbaik untuk kongsikan kepada pembaca, jadi kena rajin rajinlah jenguk dan baca blog Barangkali Marus ni.
Dititipkan beberapa gambar... gambar apa?..nilai la sendiri..
Dititipkan beberapa gambar... gambar apa?..nilai la sendiri..
Apa peranan mereka ini dalam pembangunan sosial di Bintulu ?. |
"Kami Bukan Penguatkuasa, Tapi Kami Suka Kongsi Cerita"
angkat bulu kening...hahaha....ada juak mdh polah muka gelisah kompom cdak agak....dolok pnah ada miak crita yg ada juak polis mnyamar tujuan mok tgkp cdak pmbeli tok konon cdaknya pusher tek...sbnanya polis mmg stiap masa molah keja bahkan (mnurut sumber xbrp sahih la)customer tetap mmg dh ada rekodnya dbalai.siap ngan no kenderaan cdaknya skali....
ReplyDeleteJom kita ikut menyamar juak...marilah hahaha
DeleteSikperlu la nak menyamar.biar sidak polis buat kerja,yg penting kita boleh kongsi2 maklumat utk pembaca
Delete