Wednesday, 14 August 2013

Barangkali Dan Dalat

"Selamat tinggal Dalat". .. Itu yang dapat Barangkali ucapkan sebelum meninggalkan rumah kakak yang mana hari itu adalah hari terakhir kakak saya mendiami rumah ini sebelum kakak berpindah ke Kuching. Sebelum ini kakak Barangkali bertugas di Hospital Dalat dan dia baru sahaja dapat surat perpindahan tempat tugas ke Hospital Umum Kuching, dan pada 4 Ogos yang lalu Barangkali sempat membantu kakak untuk mengemas barang sebelum dibawa ke Kuching dan di hari itu jugalah Barangkali kali terakhir menjejakkan kaki ke Dalat.

Hampir setiap bulan jika punyai kelapangan pada hujung minggu pasti Barangkali akan ke Dalat menemui kakak dan si Ariq anak nya.
Banyak kenangan Barangkali di Dalat, pada waktu petang lepak sorang sorang kat Waterfront Dalat walaupun pekan Dalat tak la besar mana pun, juga menjadi kenangan Barangkali ialah apa bila menunaikan solat di Masjid Dalat serta terlibat dalam aktiviti di masjid secara tidak langsungnya.

Dititipkan beberapa gambar hari terakhir Barangkali di Dalat.

Kenangan kakak di rumahnya

Barangkali pun nak jugak


Kakak bersama jiran yang akrab





Mulalah babak sedih dengan jiran...


Sebelum balik ke bintulu untuk bercuti raya sempat kakak bergambar kenangan di Hospital Dalat.dan berjumpa rakan sekerjanya.
Dalam perjalanan pulang ke Bintulu, Barangkali sempat mengambil gambar rail kereta api yang ada di Dalat ..fuhhhh hebat.. Laluan rail kereta api ni merentasi jalan utama masuk ke pekan Dalat dan terdapat dua tempat lintasan rail kereta api api ni.

Susur keluar rail kereta api dari ladang Balau (sago) terbesar di Dalat.







 



Sebelum balik ke Bintulu, Barangkali sempat singgah sebentar ke kedai menjual permaidani (karpet) di pasar Mukah, siap ajak begambar sekali dengan pekerja situ yang terpaksa melayan karenah Barangkali ni..hahaha.

Cukuplah cerita setakat ini, walaupun hari itulah kali terakhir Barangkali menjejakkan kaki ke Dalat tapi Barangkali pasti akan ada satu hari nanti Barangkali akan menjejakkan kaki semula ke sana, manalah tau dapat jodoh dengan orang Dalat.. ie nyer ie nyer... lagi pun kampung bonda Barangkali pun hanya di Mukah, tak la sukar sangat kalau nak ke Dalat kembali.. Sekian


Penulis : Barangkali Marus Kamaruddin
Tapisan : Lee Checkers

8 comments:

  1. Ada tanggar keta api ya.p raget mbak balau. :)

    ReplyDelete
  2. dalat oh dalat... (bila isteri org dalat, maka selalulah balik dalat)

    ReplyDelete
  3. Ada juak bergambar dengan Shah Rukh Khan di siya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adi..ya artis dgn aku begambar..salah seorg pelaqon lagak ngeri dlm filem shah rukh khan

      Delete