Thursday, 27 June 2013

Barangkali Mengubat Hati Yang Retak

Dalam Entri yang lalu Barangkali Retaknya Sang Penghibur, Barangkali ada kongsikan cerita dan gambar gitar kesayangan 12 String Tanglewood yang telah retak di bahagian neck dan pagi tadi Barangkali telah menyerahkan gitar tersebut kepada  Brader Boy Zoso untuk dibaik pulih, terpulang la dia nak buat macam mana kat gitar tu yang penting ia boleh beraksi semula dipentas jalanan.

Barangkali juga membawa sekali gitar lama akustik ibanez sekali untuk diberi nafas baru bagi persiapan untuk show pada 29  Jun ini di Miri, siap beli beg gitar baru lagi untuk gitar tu.

Gitar 12 String Tanglewood yang retak di serahkan kepada Boy Zoso untuk dibaik pulih.
Dikesempatan berada di Kedai Zoso MusicBarangkali terjumpa la 1 biji Harmonica, sesuai untuk dijadikan koleksi

Sunday, 23 June 2013

Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 8

Sedutan gambar dalam video part 2.
Untuk entri kali ini kita sambung lagi kisah pembongkaran kupu-kupu malam di sekitar Bintulu, dan kami uploadkan video sambungan dari part 1 yang mana lokasinya berhadapan Jeti Kapal Tambang Sungai Kemana.. Malas nak cerita banyak, sebelum itu kita layan saja video ini dalam entri yang lalu iaitu Video part1- KLIK SINI 

Untuk video part 2 yang baru kami upload sila - KLIK SINI

Ada 2 lagi video yang masih dalam simpanan kami dan akan kami siarkan kemudian yang mana dalam video tersebut perbualan antara krew Semeteter dan kupu-kupu malam boleh didengar dengan jelas..... BERSAMBUNG.

Saturday, 22 June 2013

Barangkali Dan Burung

Tahun lepas Barangkali ada membeli 2 ekor burung beserta sangkar dengan harga yang cukup murah dari rakan Barangkali, saja nak cuba bela burung. Mengikut cerita dari rakan nama burung ni ada banyak dan antara nama yang diberi Burung serindit, Burung Tegies, Burung taipas. Tetapi malangnya burung ni hidup selama 4 hari sahaja dalam jagaan Barangkali, nampak sangat tak ada bakat nak bela burung. Barangkali pun hairan juga kenapa burung ni mati sedangkan makan minum cukup, jadi ditubuh la biro siasatan kematian burung ni, hahaha. Setelah menjalankan forensik rupanya burung ni mati kepanasan, mana taknya sangkar burung ni di gantung dibawah atap zink yang mana bila tengah hari kawasan Sg.Plan Kidurong ni memang panas, tujuan asal nak gantung sangkar ni kat tempat kira nak elak dari kucing Barangkali yang nama Ramli & Ramona tu ganggu. Selepas kejadian itu Barangkali tak lagi membela burung lagi, cukup sekadar menjadi minat untuk tengok sahaja.

Barangkali titipkan gambar burung yang dibela selama 4 hari itu.

Barangkali bagi nama burung ni Si Mungkin dan Si Barangkali
Sangkar burung ni pun cantik, dibuat dari rotan.
Ini gambar kenangan Barangkali dan Kakak sewaktu kecil di rumah Nenek di Kampung Telian Mukah, Nenek Barangkali memang banyak burung yang dibelanya. ada lagi penuh bergantung kat belakang rumah.

Burung ape tu Man?.....burung puyoh
Burung ape tu Man?.....burung puyoh
Burung ape tu Man?.....burung puyoh
Burung ape tu Man?.....burung puyoh

Friday, 21 June 2013

Barangkali Hobi

Salah satu koleksi hobi menarik yang Barangkali boleh kongsikan untuk pembaca cuba.

Kulit kerang, siput, kuda laut dan banyak jenis lagi yang Barangkali tak tahu namanya.

Yang kecik-kecik ni boleh dapat kat tepi pantai, sapa yang berkesempatan nak pergi Sabah pun banyak diorang jual.

Yang besar-besar ni bapak aku dulu pernah kerja nelayan dan di selalu bawa balik benda ni.


Rak koleksi hidupan laut

Rasanya boleh buat semboyan ni..
Jika anda punyai hobi-hobi menari boleh kongsikan dengan kami di Buku Jalanan Bintulu.. Sekian

Thursday, 20 June 2013

Barangkali Macam-Macam

Gambar aku rembat dari Facebook rakan  seruling dari Terengganu. Dalam gambar Barangkali berdiri sebelah Arul (Pendekar Bambu) yang menyampaikan cenderahati kepada sifu seruling kami saudara Mohar Mohram sewaktu Seruling Malaysia Gathering 2013 Seremban. InsyaAllah kalau tak ada halangan tahun depan kita akan buat di Terengganu pula.

Wednesday, 19 June 2013

Monday, 17 June 2013

Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 7

Bertemu lagi kita dalam sambungan entri edisi Barangkali Bongkar. Barangkali ramai yang nantikan video rakaman suara yang telah dirakam oleh Krew Wartawan Smeteter tempoh hari dan hari ini kami akan kongsikan 1 daripada 4 rakaman video sembunyi yang berjaya dirakam pada 26 Mei 2013.
Tujuan rakaman video ini dibuat adalah untuk menceritakan lebih dekat aktiviti persundalan (kupu-kupu malam) yang sekian lama telah bertapak di Bandar Bintulu dan umum sedia maklum perkara ini.

Sebelum itu suka Barangkali kongsikan entri yang lepas kepada pembaca yang masih belum berkesempatan untuk membaca dari part 1 hingga part 6. - sila Klik pada tajuk dibawah.
Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 1
Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 2
Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 3
Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 4
Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 5
Barangkali Bongkar : Wajah Siang Dan Malam Bintulu. Part 6

 Rakaman Video Part 1 - KLIK SINI

Nantikan rakaman video part seterusnya yang lebih agresif prilaku mereka.

Bersambung.


 

Sunday, 16 June 2013

Barangkali Shah Rukh Khan

Baru Barangkali tahu Shah Rukh Khan buka perniagaan kat pasar Mukah berhadapan Marrybrown. Hehehehe.


Saturday, 15 June 2013

Barangkali Dan Buku Jalanan Seremban

Salam Sabtu buat pembaca blog Barangkali Marus. Dua tiga hari ini Barangkali agak sibuk sedikit dengan tugas di pejabat selepas balik dari cuti panjang Gawai Dayak tempoh hari.

Untuk entri kali ini Barangkali nak kongsikan sedikit bahagian dalam cerita Barangkali Seleasai Journey iaitu mengenai Buku Jalanan Seremban.
Sebelum itu suka Barangkali nak kabarkan kepada pembaca bahawa Buku Jalanan Bintulu akan mulai dibuka pada hari Ahad ini 16 Jun 2013 jam 4.30 petang bertempat di Waterfront Bintulu. Apa yang ada kat Buku Jalanan Bintulu ?. kalau nak tahu sila-silalah datang dan jenguk sendiri.

Pada 08 Jun 2013 (Sabtu) yang lepas Barangkali dari Buku Jalanan Bintulu sempat menemui rakan-rakan dari Buku Jalanan Seremban (Buku Jalanan Soghomban) dan bersama mereka dalam program yang telah direncanakan bertempat di Lake Garden Seremban. Kebetulan ketika itu mereka  mengadakan program Buku Jalanan Soghomban Santai Bersama Marjinal. Marjinal ni adalah sebuah band PUNK yang berpengaruh juga di Indonesia. Secara peribadinya Barangkali tak berapa nak minat sangat dengan muzik aliran PUNK ni tapi atas dasar setia kawan Buku Jalanan Barangkali tolak ketepi soal minat tak minat. Dikesempatan itu juga Barangkali gunakan peluang untuk mengenali rakan-rakan dari Buku Jalanan Sekitar tempat di Semenanjung yang turut sama hadir sekali.

Barangkali titipkan gambar sikit buat tatapan pembaca.

Sebagaimana yang diceritakan Barangkali datang ke seremban naik Train KTM.

Sebagai tanda kenangan bersama Buku Jalanan Soghomban

sekitar jam 4.30 Barangkali tiba di Lake Garden Seremban. Pada mulanya Barangkali memang tak tahu pun lokasi tasik ni, setelah rakan BJS menjemput Barangkali di stesen KTM dan bawa ke lokasi rupanya tak jauh, jalan kaki pun sampai.

Lake garden Seremban, tempat ni memang menarik untuk riadah bersama keluarga.

Angkat semua buku-buku

Sebahagian rakan-rakan BJS yang datang awal.

Lupa pulak nama dua orang ni, nanti Barangkali cari kat Facebook.hahaha


Cuaca ketika itu mulai hujan renyai-renyai.

Kami pun berpindah di astaka.
sebelum hujan lebat cepat-cepat angkat barang.

Susun buku dulu.

Hujan oh hujan..... pemandangan dari astaka.




Deklamasi sajak oleh saudara Bob.
















Pada masa ini En.Am bersama En.Wan mempromosikan jenama pakaian dengan label sendiri iaitu JOBHO dan UNDERBOSS.


Kerja tangan dari rakan BJ lain.


Memandangkan senja makin menjelma dan lokasi tersebut berhampiran Masjid sekali lagi mereka berpindah ke lokasi lain iaitu di Bangunan Bazaar, Barangkali pun tak tahu kat mana tempat tu yang pasti berada di pekan Seremban juga, Barangkali tumpang ikut kereta diorang saja. Geng-geng Marjinal pun lambat sampai..emmmm


Kemuncak program di Bangunan Bazaar Seni persembahan dari Marjinal, ni gambar Barangkali ambik dari fb rakan BJ, masa ni Barangkali dah balik sebab ingin meneruskan rencana sebenar ke Seremban iaitu menemui rakan-rakan Seruling  Malaysia.


"Menyelam sambil minum air. kalau air masin buat apa nak minum."