Baju Tie Dye. Contoh yang dirembat dari Google Images |
Tie Dye merupakan seni tekstil era Hippies yang terkenal sekitar 60an. Zaman tu penuh dengan gaya peragaan warna warni juga selari dengan jenis muzik yang ada ketika itu. Sebetulnya Barangkali tidak berapa suka dengan sosial mereka ketika itu cuma Barangkali minat gila kat seni Tie Dye yang mereka bawa.
Ini projek yang Barangkali akan buat sekiranya sudah menemui bahan bahan yang diperlukan.
1. Baju t-shrit (senang nak dapat)
2. Dye (bahan ni yang masih aku usahakan cari)
Sememangnya warna warna yang terhasil dari seni Tie Die ini memang mengujakan Barangkali dari zaman sekolah rendah lagi, walaupun ketika itu Barangkali tak kenal lagi era Hippies.
Sekiranya ujian pertama berjaya, Barangkali nak cuba buat lagi banyak dan boleh jual kepada rakan rakan. Cuma cabarannya disini ialah nak mendapatkan bahan Dye yang terbaik untuk mengadaptasikannya saja lagi. Ada juga rakan rakan yang bagi tahu Dye ni kita boleh buat sendiri dengan menggunakan pewarna makanan yang orang guna buat kek di adun dengan garam dan air. Barangkali formula ni betul kot..Entah la.
Baju Tie Dye Bundle yang aku beli kat KL tahun lepas, digayakan dengan Dreadlock.hehehe |
Minggu lepas Barangkali sempat pergi ke 1 gudang menjual Bundle di Mukah, nama tempat tu "Bundle 1Malaysia" Barangkali rasa tempat jual Bundle ni yang terbesar kat Sarawak barangkali. Masa tu tertengok la sehelai baju Bundle Tie Dye yang tergantung tinggi dalam gudang tu. lalu ditanyakan harga kat diorang dan dengan pantas orang tu kata "sori bang,sik jual baju tok,ya koleksi mekorang jak".. Kat situ Barangkali dah jangkakan yang baju jenis Tie Dye ni sangat bernilai sekiranya masih dalam keadaan elok walaupun ianya Bundle. Ada pun baju Tie Dye yang lain ketika tu semuanya corak yang dah lusuh abis dan corak yang "cincai comot".
Berbalik mengenai projek ini, mohon bantuan rakan rakan kiranya tahu mana nak dapat Dye.
Contoh terbaik, macam biasa berguru dengan Youtube..
Lain lain corak.. Ini semua rembat dari Google Images |
cactus jack
ReplyDeleteCactus jack yg gusti ya ka.hahaha
ReplyDeletekalo di bookstore, ada jual dye bro, tapi x tauk la sesuai ka x utk baju...haha...damn, kalo baju band Greatful Dead yg tie die ya boleh mencapai ratusan ringgit ooo
ReplyDeleteya lah nilai sebuah karya seni...
DeleteAda jual kat kajang fabric dye powder..khas utk buat tue dye..kedai tu nama zip lee..kedai buku sebenarnya tapi ada jual powder tu..
ReplyDeleteAda jual kat kajang fabric dye powder..khas utk buat tue dye..kedai tu nama zip lee..kedai buku sebenarnya tapi ada jual powder tu..
ReplyDeleteOoo...ye ke nadzirah wahi...
ReplyDeleteSy tak pernah pulak gi servey kat kedai tu...
Brp harga powder tu ye?