semenjak dari dahulu lagi Selangau merupakan daerah yang sangat strategik untuk pemandu singgah berehat sebelum memulakan perjalanan semula.
Secara peribadinya Barangkali merupakan salah seorang pengguna yang kerap singgah di Selangau. Boleh dikatakan dalam setiap bulan sekiranya punyai kelapangan dan tiada aktiviti Busking mingguan pastinya Barangkali akan balik ke kampung di Mukah/Dalat.
Di Selangau terdapat 2 hentian rehat yang kerap dikunjungi iaitu dipersimpangan menuju ke Mukah dan sebelum sampai ke simpang iaitu dari Bintulu. dan dalam entri kali ini Barangkali sebenarya nak mengsyorkan kepada ada hentian rehat yang terbaik diantara kedua dua hentian tersebut iaitu di Restoran Nurlana Abdullah (hentian pertama dari Bintulu sebelum simpang ke Mukah).
Restoran Nurlana Abdullah |
Aiman... Pelayan yang paling peramah dan sempoi. Barangkali datang saja dia dah tahu Barangkali minum kopi O panas.. |
Tangki Air di simpang Selangau. Setiap kali Barangkali balik Mukah Barangkali sering kali pantau projek pembinaan tangki air ni dari mula dibuat hingga kini siap berdiri tinggi. |
Ketika ini sedang di baik pulih. Jalan tak jauh dari Sg. Arip |
"Batu Katak" Bagi pengamal nombor ekor pasti akan singgah kat sini. Sekarang dah tak ada bumbung..hahaha |
Barangkali Marus Kamaruddin
Tukang tapis : Lee Checker
la...nei tuju atap batu katak ya? haha bagus juak la, jgn diberik kemudahan gilak kwsn ya, syirik haha....
ReplyDeletememang dah lamak sikda bumbung ya..
Deletebatu katak tu dah lama xberatap, aku lalu bulan 12 thn lps dah xda atap, ada byk lubang2 kena drill (seolah2 ingin disumbat dinamit)
ReplyDeletebtw, klu xsilap tmpt perhentian di selangau tu dulu namanya "nurliyana/nurliana abdullah" kenapa jadi "nurlana abdullah"? ada typo pembuat signboard? aku pnh buat entri tmpt ni beberapa tahun lepas
betul ya.aku pun rasa hairan juak pada nama ya..
ReplyDelete