Sunday, 19 May 2013

Barangkali Kedai Makan Pilihan

"Sup tulang lai.. sup tulang lai.." Itulah ayat Barangkali dan rakan-rakan sering gunakan dalam WeChat bila kelaparan dan tekak dah nak mula mengidam mencari menu Sup Tulang. Untuk entri pertama mengenai hidangan pilihan kali ini, aku nak kongsikan tempat santapan terbaik untuk anda semua cuba.

"Restoran Hjh. Ana" merupakan restoran pilihan Barangkali dan rakan-rakan busker lain. Menu utama yang sering menjadi pilihan ialah Sup Tulang. Bagi kami hidangan nasi putih kosong berlaukan sup tulang sahaja sudah cukup mengenyangkan. Kos pun tak la mahal hanya RM6.00 semangkuk sup dan nasi putih kosong RM1.00, harga minuman pula kadar yang sama seperti restoran lain.
Restoran Hjh Ana terletak Pasar Bintulu Jalan Abang Galau Sri Dagang atau dengan nama lain tempat itu dipanggil laluan Segitiga Emas. Kenapa Barangkali  katakan segitiga emas, ini kerana terdapat tiga permis Agensi Nombor Ramalan terdapat disitu iaitu Magnum4D, Sport Toto dan Sarawak Cash Sweep,(Peringatan :Judi adalah Haram disisi Islam). Tak mustahil lah Restoran ini menjadi pilihan kepada kaki-kaki nombor ekor lepak sambil mengkaji nombor mereka.

Restoran Hjh Ana Makanan Islam (Halal Tanpa Was-Was)
Barangkali kongsikan sedikit sejarah mengenai restoran ini. Secara peribadinya Barangkali telah lama mengenali pemilik restoran ini iaitu Puan Hjh. Ana sekitar tahun 2002 lagi. Sewaktu tamat persekolahan, Barangkali telah bekerja sementara di salah satu kedai menjual daging dan ayam segar di Super Favour Marketing Sdn Bhd  Jalan Market bersebelahan Tokong Cina kat pasar Bintulu (sebelah kedai hand phone 88). Pada masa itu Barangkali sering menghantar tempahan daging, ayam dan tulang sapi kepada Hjh Ana yang ketika itu belum lagi memiliki restoran sendiri dan hanya menyewa gerai menjual sup di permis yang sama yang mana ketika itu permis itu masih lagi di miliki oleh peniaga restoran cina kalau tak silap nama permis tu Ban Kee Cafe. Kini berkat hasil usaha penat lelah sekeluarga berniaga dan rezeki Tuhan yang melimpah ruah, Hjh Ana telah mampu membuka restoran sendiri.


Sup Tulang ni memang sedap.... nak lagi pedas boleh tambah sendiri sambal pedas dan limau.

Fareez Hamzah tak sabar nak menjamu

Kenyang sampai bersusun mangkuk, manakala Chas Liew yang sebok berSMS tadi lewat masih lagi menjamu.


Sup Tulang + Nasi Kosong Putih = Sedap
Untuk sebarang info boleh menghubungi terus Puan Hjh Ana di talian 014 9539596
Akhir kata dari Barangkali, Selamat mencuba dan Menjamu Selera.
 
Penulis: Barangkali 
Tukang Tapis: Lee Checker

9 comments:

  1. Tukang tapis lee checker lol !!!

    ReplyDelete
  2. kat sinei kedai makan tok rus? menarik jak...semadi jak aku x dpt makan daging agik (masalah gout)....sedih™

    ReplyDelete
  3. lokasi sebagaimana yang dijelaskan kat atas ya..laluan segitiga emas..sebaris dengan selera impian dalam sikit.betul2 depan kedai jual magnum4d

    ReplyDelete
  4. lain kali barangkali blh review mee sapi ahim?

    ReplyDelete
  5. gerainya slalu berpindah2, dulu di restoran sebelah BSN, last skali aku makan dah pindah di restoran depan public bank

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan juak Mee Sapi Ahim ya, tuan Marus! Nyum nyum...

    ReplyDelete