Tahun
2014 ini ada satu aktiviti menarik yang telah mencuit hati
Barangkali untuk mencuba iaitu
Penny Board, Sebuah papan luncur seperti
Skateboard tetapi saiznya agak kecil dan lincah meluncur menuruni bukit atau jalan rata.
Sebenarnya
Barangkali telah tertarik dengan
Penny Board ni pada bulan lepas selepas melihat rakan
Barangkali iaitu
Affendy yang main benda ni sewaktu busking di
Waterfront, tetap belum punya kekuatan untuk membelinya. Setelah melihat Bro
Adi Herman telah membelinya juga maka
Barangkali pun terasa ingin mendapatkannya. Atas alasan telah diracun oleh Affendy dan Adi Herman maka
Barangkali telah berjaya membelinya.
Pada mulanya Affendi telah mengusulkan
Barangkali untuk membeli Penny Board bersaiz kecil dengan harga bak katanya
"ko bagi jak aku seratus, klak ada lebihnya", maka
Barangkali berilah RM100 kat Affendy untuk membelinya, tetapi agak kechewa pada petang pertemuan kami untuk menguji board tersebut Affendy telah memaklumkan bahawa board yang berharga RM100 tu dah habis, yang tinggal hanya board yang bersaiz besar sedikit yang sama seperti board milik Adi Herman, jadi petang tu belumlah
Barangkali merasa Penny Board baru dan hanya sempat mencuba Penny Board milik Affendi dan Adi Herman sahaja.
Oleh kerana board bersaiz besar milik Adi Herman itu nampak serasi, maka pada sebelah malam itu juga
Barangkali terus mengajak mem besar
Siti Sarah untuk membelinya tapi kena tambah RM59 lagi la.
"tak pa lah janji boleh buat luncur".
|
Datang ke Waterfront menanti dengan sabar Affendy membawa Penny Board baru untuk Barangkali. Sementara menunggu Affendy, Barangkali dan Sarah pergi Jalan jalan dulu ke hujung Waterfront, siap Sarah ajak lari yang kononnya dia hebat lari 200 meter. Lain lain gambar ada kat hp Sarah. |
|
Agak dukacita bila wang diserah kembali sebab Penny Board dah abih....emmmm |
|
kita testing saja board diorang berdua. |
|
Ni board Adi Herman yang Barangkali rasa ada serasi sikit. |
|
Gambar yang diambil oleh uncle Lee Ka Sim. |
|
Akhirnya Barangkali miliki Penny Board sendiri. Terima kasih Affendy, Adi Herman dan cintaku Sarah.hekhek |